Berita
Mengaku Tidak Bersalah, Jurugambar Cederakan Pereka Fesyen Kekal Tenang Dituduh di Mahkamah
Seorang jurugambar sambilan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Petaling Jaya kerana didakwa atas dua pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap dua pereka fesyen.
Tertuduh, Muhammad Imran Khairil, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan yang dikemukakan ke atasnya mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Tertuduh didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap ke atas Azmi Abdul Rahman dan Raziman Din dengan menggunakan kamera sebagai senjata.
Kesalahan dilakukan di sebuah hotel di Petaling Jaya, pukul 9 malam pada 8 Januari lalu lalu malam Khamis.
Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Husna Amran mencadangkan jaminan RM 8000 bagi setiap pertuduhan.
Majistret Farah Azura Mohd Saad menetapkan jaminan sebanyak RM 3500 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin, dengan syarat tambahan tertuduh tidak dibenarkan mendekati dan menganggu mangsa.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 28 Februari depan.
Terdahulu tular di media sosial dua individu yang merupakan pasangan pereka fesyen mengalami kecederaan, difahamkan akibat dipukul menggunakan kamera seorang jurugambar.
Insiden dipercayai berpunca daripada masalah peribadi.
Media semalam melaporkan seorang jurugambar telah mendatangkan kecederaan kepada dua pereka fesyen di sebuah hotel di Petaling Jaya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja'afar dalam kenyataan berkata, lelaki tersebut berjaya ditahan di tempat kejadian oleh pihak polis.
Dilaporkan kedua-dua pereka fesyen masing masing berusia 47 dan 53 tahun itu hanya mengalami kecederaan dibahagian pipi akibat serangan berkenaan.
Siasatan awal mendapati suspek berusia 30-an itu dipercayai seorang jurugambar dan motif kejadian dipercayai berpunca daripada isu peribadi.
Suspek dikatakan telah mencederakan mangsa di bahagian muka dan ditahan di tempat kejadian.