Hiburan

Menyanyi Lagu Wanita Terakhir, Fattah Amin 'Request' Irfan Haris Duet Dengan Amira Othman - "Nak Versi Dengan Kak Ya Boleh?

Ernalisa
18/01/2025
00:55 MYT
Sponsor Banner
Menyanyi Lagu Wanita Terakhir, Fattah Amin 'Request' Irfan Haris Duet Dengan Amira Othman - "Nak Versi Dengan Kak Ya Boleh?
Nyanyian Irfan Haris yang mendendangkan lagu Wanita Terakhir mencuri tumpuan ramai apabila penyanyi asal lagu tersebut Fattah Amin neninggalkan komen.

BERITA BERKAITAN: Amira Othman Tiada Hubungan Istimewa Dengan Fattah Amin, Hanya Jayakan Muzik Video Terbaharu - “Harap Gimik Ini Tidak Keterlaluan"

BERITA BERKAITAN: “Secara Jujurnya…” - Amira Othman Mohon Maaf, Harap Gosip Dengan Fattah Amin Tak Buat Peminat Marah Lama-Lama

Dalam ruangan berkenaan, duda yang menjadi bualan ramai itu meluahkan hasrat untuk melihat dia dan kakaknya Amira Othman berduet menganyikan lagu itu bersama.
@FattahAmin: "Nak request duet version dengan Kak Ya boleh?" tulis Fattah dalam ruangan komen berkenaan.
Komen tersebut dibalas Irfan dengan menyatakan dirinya hanya bersetuju jika nyanyian itu dinyanyikan oleh mereka bertiga.
"Salam abang Fattah kalau kita duet lagu ini bertiga pun best juga,"ringkasnya.
Tidak cukup di situ, netizen turut mengusik Fattah dengan komen balas Irfan.
Rata-rata netizen tidak sabar melihat gabungan tiga sosok berbakat itu.
Dalam pada itu ada segelintir netizen turut mengusik Irfan adakah dia merestui sekiranya kakaknya itu bertemu jodoh dengan Fattah.
"Nyanyi lagu abang ipar ke?" tulis seorang netizen.
Bagaimanapun, Irfan menjawab dia hanya mendoakan yang terbaik buat kakak kesayangannya itu.
Terdahulu, nama Amira disebut sebagai antara wanita yang kini berhubungan mesra dengan Fattah selepas aktor itu bercerai dengan bekas isteri juga pelakon, Nur Fazura pada 7 Oktober lalu.
Bagaimanapun gosip itu terjawab apabila Amira menyatakan itu hanyalah gimik bagi lagu terbaharunya 'Bila Nak Kahwin'
Menerusi perkongsian video pendek di TikTok milik Amira ketika itu memperlihatkan dirinya sedang duduk di sebuah kerusi sebelum individu yang didakwa Fattah datang kepadanya dan bertanya sudah berkahwin atau belum.
Video berdurasi 26 saat itu menerima pelbagai reaksi netizen termasuk doa yang baik-baik.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024