Terkini
“Secara Jujurnya…” - Amira Othman Mohon Maaf, Harap Gosip Dengan Fattah Amin Tak Buat Peminat Marah Lama-Lama
Penyanyi Amira Othman tampil memohon maaf kepada peminat jika ada yang rasa tertipu dengan muzik video terbaharunya berjudul 'Bila Nak Kahwin'. BERITA BERKAITAN: Netizen Terhibur, Rosyam Nor Gurau Beri Cadangan Fattah Amin Kahwin Dengan Erma Fatima -"Senang, Tak Payah Pening Kepala…”
BERITA BERKAITAN: Pernah Dikecam Teruk Upload Gambar Dengan Fattah Amin, Wanna Ali Lebih Hati-Hati - "Sejak Itu, Saya Sedar Perlu Lebih Peka ..."
Menurut Amira, apa yang berlaku antara dirinya dan pelakon, Fattah Amin adalah antara sebahagian daripada teknik pemasaran untuk muzik video tersebut.
" Saya harap jangan marah saya lama-lama. Ini cuma sebahagian daripada marketing sahaja dan tidak lebih daripada itu," katanya.
Amira berkata demikian ketika ditemui pada majlis perlancaran koleksi raya jenama Varisha pada Sabtu bertempat di Shah Alam.
Amira juga turut dilantik sebagai duta jenama tersebut sempena kempen raya tidak lama lagi.
Dalam pada itu, Amira juga mengakui gimik yang dilakukan ini adalah untuk mengajar dirinya supaya keluar daripada zon selesanya sebelum ini.
Malah kata Amira, dia juga telah bersedia untuk menerima sebarang kecaman ekoran penghasilan muzik video berkenaan.
"Secara jujurnya saya nak juga keluar dari zon selesa saya. Kerana saya rasa sudah tiba masa untuk saya membuat sedikit pembaharuan.
"Jadi sebelum buat klip bersama Fattah memang saya sudah bersedia untuk menghadapi pelbagai kecaman yang akan saya terima," katanya.
Sebelum ini timbul spekulasi mengenai Amira dan Fattah yang didakwa sedang dilamun cinta sehingga menjadi perhatian netizen.
Menerusi perkongsian video pendek di TikTok milik Amira ketika itu memperlihatkan dirinya sedang duduk di sebuah kerusi sebelum individu yang didakwa Fattah datang kepadanya dan bertanya sudah berkahwin atau belum.
Video berdurasi 26 saat itu menerima pelbagai reaksi netizen.
Must-Watch Video