Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Mereka Perlu Juga Lihat Sisi Singa Kita" - Shaheizy Sam Kongsi Cara Kawal Anak Di Rumah

Asraf Aided 06/01/2022 | 00:40 MYT
Pelakon Shaheizy Sam berkongsi tentang cara mendidik anak-anak di rumah.
Suami kepada Syatilla Melvin itu percaya, meskipun ibu bapa sangat menyayangi anak-anak, namun ada masanya perlu bersikap garang atas tujuan memberi pengajaran.
"Apa yang saya selalu praktikkan terhadap anak-anak buah hinggalah memiliki anak sendiri, ya, mereka perlukan kasih sayang, tapi apabila kita berikan terlalu banyak kasih sayang, kadang-kadang mereka boleh jadi seperti pijak kepala kita pula.
"Jadi apa yang saya lakukan, saya akan bersikap tegas dengan memarahi mereka jika melakukan kesalahan.
"Marah itu adalah marah yang mereka akan ingat sampai bila-bila, sekurang-kurangnya sekali saya akan buat seperti itu," katanya kepada Gempak.
Tambah Sam, cara begitu mampu memberi pengajaran berkesan kepada anak-anak agar mereka faham dan tidak 'buat hal'.
"Sayang memang sayang, apa yang mereka mahu kita belikan, tapi pada satu masa mereka perlu juga lihat sisi singa kita, jadi itulah yang saya amalkan," katanya lagi.
Sam dan isterinya, pelakon Syatilla Melvin mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016.
Hasil perkongsian hidup, mereka memiliki dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.
Dalam perkembangan lain, Sam bakal tampil dalam siri komedi keluarga Take CTRL bersama barisan pelakon berbilang bangsa seperti Hana Mazlan, Prakash, Farid, Chi Ho, Jinnyboy dan Jenn Chia.
Take CTRL akan mula ditayangkan pada 29 Januari 2022, setiap Sabtu, 9 malam di saluran TA-DAA! (612)
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
BACA: #TakeCTRL: Anda Bersedia? Siri Komedi Keluarga Luar Biasa Ini Akan Menemui Anda Tidak Lama Lagi!
#pelakon #Anak #Shaheizy Sam
;