Hiburan
“Mereka Pesan Jaga Diri, Timba Ilmu Seikhlas & Sebanyak Mungkin” - Hawa Rizwana Syukur Hasrat Ibu Ayah Untuk Lihat Belajar Di Oxford Tertunai
Pengacara dan pelakon, Hawa Rizwana mengakui doa ibu bapa adalah antara penguat semangatnya untuk menyambung pengajian.
Ibu ayah sokong sambung belajar
Menurut Hawa, ibu bapanya sangat menyokong usahanya untuk menimba ilmu sebanyak yang mungkin.
“Ibu bapa saya sangat memberi sokongan kalau bab bab berkaitan dengan pelajar, sebab ayah saya dulu pensyarah dan ibu pula cikgu.
“Mereka sangat menyokong kalau saya nak sambung belajar dekat mana pun,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Syukur hasrat ibu ayah tercapai
Berkongsi tentang reaksi ibu bapanya ketika mendapat tahu dirinya menyambung pengajian di University Oxford, Hawa berkata mereka sangat bersyukur dengan rezeki itu.
“Sebenarnya video yang saya kongsi itu tujuannya untuk bercakap tentang doa ibu bapa. Kedua mereka ada bercuti di UK tahun lepas.
“Dan ayah ada menghubungi saya baru-baru ini bila saya di Oxford. Ayah kata bila dia datang ke sini tahun lepas, dia berdoa supaya ada anak-anak atau cucu-cucunya ada rezeki belajar di University Oxford satu hari nanti.
“Surprisingly ada rezeki saya belajar seminggu di sini. Berkat doa ibu ayah.
“Mengenali ibu ayah saya, dari sebelum pergi sampailah saya berada di UK, mereka banyak memberi pesanan untuk jaga diri, timba ilmu sebanyak dan seikhlas mungkin,” jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN:“Memang Antara Hasrat Saya Nak Lanjutkan PhD” - Hawa Rizwana Seronok Dapat Belajar Kursus Pendek Di Universiti Oxford
ARTIKEL BERKAITAN:Hawa Rizwana Syukur Dapat Belajar Di Oxford - “Alhamdulillah Berkat Doa Mak Ayah”
ARTIKEL BERKAITAN:Hawa Rizwana ‘Sapu’ Pelbagai Tawaran Dalam Bidang Seni - “Kalau Orang Kata Sebagai Tamak, Bagi Saya Itu Adalah…”
ARTIKEL BERKAITAN:Hawa Rizwana Dapat Restu Bapa Jadi Hos MeleTOP! - "Dia Sangat Tegas, Tak Sangka Pula ..."
Terdahulu, Hawa mendapat perhatian netizen selepas berkongsi dirinya belajar di Universiti Oxford.
Rata-rata netizen memuji semangat Hawa untuk terus menuntut ilmu meskipun sudah memiliki kerjaya dalam bidang seni.
Disebabkan Hawa, ramai juga yang meluahkan hasrat untuk menyambung pengajian dan mencuba kursus pendek tersebut.