gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Tak Lagi Bersama Syarikat Rakaman, Zaki Yamani Kini Aktif Tulis Lagu Sendiri - “Usaha Mereka Tak Memuaskan Saya”
SUKAN
Empat Remaja Wakili Malaysia Ke Kejohanan Memanah Dunia Di Hungary
HIBURAN
Amar Baharin Kayuh Basikal 5 Jam Tengah Padang Pasir Menuju Madinah, Netizen Kagum - “Insan Terpilih Saja Yang…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

“Memang Antara Hasrat Saya Nak Lanjutkan PhD” - Hawa Rizwana Seronok Dapat Belajar Kursus Pendek Di Universiti Oxford

gempak
Mya Amri
24/12/2024
08:55 MYT
Sponsor Banner
“Memang Antara Hasrat Saya Nak Lanjutkan PhD” - Hawa Rizwana Seronok Dapat Belajar Kursus Pendek Di Universiti Oxford
Pengacara, Hawa Rizwana menyatakan rasa syukur dapat kembali menyambung pengajian walaupun dalam masa yang singkat.

Ada niat mahu sambung PhD

Menurut Hawa, dia mengambil Entrepreneurship Acceleration Programme di Universiti Oxford untuk mempelajari selok belok perniagaan dengan lebih mendalam.
“Alhamdulillah bila ditawarkan untuk sertai program Leadership Entrepreneurship Acceleration Programme di Universiti Oxford, saya ambil peluang ni.

“Sebab saya nak belajar selok belok perniagaan dan dalam masa yang sama belajar banyak skills yang perlu saya perbaiki. “Universiti ini merupakan antara yang tertua di dunia. Untuk ada peluang datang ke sini walaupun sekejap, rasa sangat bermakna. “Memang antara hasrat saya untuk lanjutkan PhD. Tapi atas kekangan masa belum lagi sesuai. Jadi bila ada peluang program macam ni, saya join sebab masa pun okay,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Walaupun singkat tetap puas hati

Dalam pada itu, Hawa menjelaskan dia akan berada di Oxford selama enam hari.

“Saya di Oxford University selama enam hari dan setiap hari ada speakers atau jemputan yang berbeza. “Antara jemputannya seperti Prof Tim Cullen yang mengajar cara untuk berunding dalam perniagaan. Cara untuk manfaatkan pengiklanan dan juga tentang AI, perkhidmatan pelanggan dan sebagainya.

“Yang lagi menarik dan dekat di hati, kita jugak berpeluang untuk ke restoran Meat Bros di London yang dimiliki oleh orang Malaysia sendiri iaitu Pengarah Urusan dan Group Chef, Serai Group iaitu Najib Hamid.
“Kalau pernah ke Restoran Serai atau mana mana cawangan Jibby di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, itu lah pemiliknya dan GCEO, Siti Khadijah Group, Munzir Aminuddin.
“Saya juga ingin kongsikan, cara lalui program ini pun menarik sebab kita sertai group lain, Ada peserta dari Singapura dan juga Myanmar.
“Kalau nak tahu ada umur lebih muda iaitu 19 tahun yang membuatkan perspektif menyertai program ini lagi meluas,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hawa Rizwana Syukur Dapat Belajar Di Oxford - “Alhamdulillah Berkat Doa Mak Ayah”

ARTIKEL BERKAITAN:Hawa Rizwana ‘Sapu’ Pelbagai Tawaran Dalam Bidang Seni - “Kalau Orang Kata Sebagai Tamak, Bagi Saya Itu Adalah…”

ARTIKEL BERKAITAN:Bukan Biasa-Biasa, Lepas Jadi Bomba Kini Hawa Rizwana Tawan Gunung Kinabalu

ARTIKEL BERKAITAN:Hawa Rizwana Dapat Restu Bapa Jadi Hos MeleTOP! - "Dia Sangat Tegas, Tak Sangka Pula ..."

Terdahulu, Hawa mendapat perhatian netizen selepas berkongsi dirinya belajar di Universiti Oxford.
Rata-rata netizen memuji semangat Hawa untuk terus menuntut ilmu meskipun sudah memiliki kerjaya dalam bidang seni.
Disebabkan Hawa, ramai juga yang meluahkan hasrat untuk menyambung pengajian dan mencuba kursus pendek tersebut.
Topic Berkaitan
#Belajar
#Universiti Oxford
#Hawa Rizwana
#Sambung Belajar
#Oxford
Must-Watch Video