Pengacara Hawa Rizwana mendedahkan dia telah meminta restu daripada bapaya terlebih dahulu sebelum bersetuju dengan tawaran untuk menggalas tanggungjawab sebagai hos baharu program MeleTOP.

Mengakui bapa seorang yang tegas, Hawa, 27, menjelaskan dia sama sekali tidak menyangka dengan keputusan bapanya yang membenarkan dia untuk mengemudi program berkenaan.

“Ada satu malam, saya tanya pandangan ayah, sebab keputusan untuk menjadi hos perlu restu daripadanya.

“Hawa tanya ayah ok ke kalau saya buat program MeleTOP? Ayah kata boleh, go for it. Itu adalah jawapan yang saya betul-betul tak sangka datang daripada ayah.

“Kenapa saya tak sangka, sebab saya tahu ayah dan mak sangat-sangat tegas, kalau nak keluar rumah mereka akan tanya apa yang saya buat dari pagi sampai malam.

“Jadi bila dapat restu daripada ayah untuk buat MeleTOP ,saya harap akan ada perkara yang indah hasilnya nanti,”katanya.

Hawa berkata demikian ketika ditemui usai konsert ulang tahun ke-10 MeleTOP yang berlansung dari Auditorium, MBSA pada Selasa.

A post shared by HAWA RIZWANA REDZUAN (@hawarizwana)

Dalam pada itu, Hawa akui gembira selepas menerima restu daripada bapanya.

“Satu perkara tentang ayah dan ibu, mereka akan lihat hasil kerja saya dan mereka akan komen selepas itu jika ada yang tak kena atau sebagainya.

“Ada kalanya ayah akan beri doa untuk saya baca, jika dia lihat saya macam dalam keadaan yang gelabah.

“Apa-apa yang saya buat adalah untuk mereka, walaupun saya tahu diri ini tidak lah sebaik mana.

“Bila dapat restu itu buat saya gembira, kerana dia sahaja yang tahu apa yang saya lalui selama ini. Dia juga tahu bila saya sedih bila saya suka,” tambahnya.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!