Viral
Miliki Bintang Michelin, Pemilik Restoran Masakan Malaysia Di New York Ini Akui Tidak Pernah Kunjungi Malaysia!
Kisah seorang cef asal New Delhi, India iaitu Salil Mehta yang mengusahakan sebuah restoran masakan Melaysia di New York, Amerika Syarikat, sehingga meraih pengiktirafan Michelin membuka mata ramai orang.
Bintang Michelin
Selain kisah kejayaan luar biasa tersebut, fakta mengenai Salil yang tidak pernah menjejakkan kaki ke Malaysia sungguhpun berbisnes masakan popular dari negara kita turut meraih perhatian ramai.
Menerusi wawancara bersama CBS News, Salil yang merupakan seorang pelajar fesyen mula mencuba nasib dalam dunia kulinari selepas mengambil alih restoran Laut pada 2010.
Tujuan asal Salil adalah untuk meneruskan kehidupan.
“Saya tidak pernah ke Malaysia dalam hidup saya,” kongsi Salil.
Mendengar kenyataan tersebut, pengacara yang mengendalikan wawancara berkenaan iaitu Meg Oliver dilihat sangat terkejut.
Hal ini kerana, Salil dilihat berjaya dalam bidang kulinari dan memasak masakan dari Malaysia sehingga meraih bintang Michelin, tanpa merasai makanan-makanan tersebut di negara asal.
Malaysia
Meninjau ruangan komen di Youtube, ramai dilihat turut terkejut dan mengandaikan pengiktirafan tersebut tidak memberikan sebarang makna.
Hal ini kerana, penonton mendakwa makanan yang disediakan Salil tidak mencerminkan makanan asli dari Malaysia.
Untuk rekod, Bintang Michelin merupakan penghargaan yang diberikan untuk masakan yang luar biasa, dinilai dari segi harmoni rasa, penguasaan teknik masakan, dan konsistensi penyediaan menu tersebut dari masa ke masa.
Sumber: Youtube