,
Laman Utama

#Travelmana: Jalan Jalan Cari Makan! 3 Port Makan Best Di KL Cadangan The Michelin Guide Yang Korang Boleh Cuba

Asyikin Mayudin
03/08/2023
13:54 MYT
The MICHELIN Guide Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran pusingan ‘first round of live updates’ untuk 2023.
Dalam era digital yang serba dinamik ini, MICHELIN Guide telah memilih pendekatan baharu bagi mengumumkan senarai pilihannya, iaitu dengan mengumumkan beberapa penambahan terbaharunya ke dalam Panduan itu sebelum pengumuman tahunan.
Menampilkan pelbagai restoran yang menampilkan beraneka jenis hidangan yang merangkumi makanan tradisional Malaysia hinggalah kepada masakan antarabangsa.
Ini adalah peluang terbaik untuk memperkenalkan tempat-tempat makan berkenaan kepada pengunjung yang gemar mencuba restoran baharu.
Berikut adalah restoran yang ditampilkan dalam pusingan pertama kemas kini secara langsung MICHELIN Guide Kuala Lumpur.
3 Restoran di Kuala Lumpur
#Hor Poh Cuisine ialah sebuah kedai biasa yang menjual makanan Hakka asli di kawasan kejiranannya selama lebih 20 tahun. Antara menu istimewanya ialah Hor Poh lui cha, sup hijau yang dihidangkan dengan nasi kukus. Diperbuat daripada biji bijan, kacang, dan daun pudina yang dikisar, menjadikan sup ini kaya dengan rasa kacang dan beraroma. Ladu Hor Poh dengan tauhu kering, bawang putih, dan sayur jeruk yang dibaluti kulit nipis juga popular di kalangan pengunjung restoran itu. Dengan pelbagai menu lazat pada harga yang murah, tempat ini sentiasa padat dengan pengunjung.
#Jalan Ipoh Claypot Chicken Rice telah menjual nasi ayam yang dimasak menggunakan periuk tembikar di atas dapur arang selama lebih 30 tahun. Hidangan ini dihidangkan dengan sosej khinzir Kantonis dan halia serta mempunyai kerak yang rangup di bawahnya. Anda boleh menambah ikan masin, yang menaikkan lagi aromanya.
#Roti by d'Tandoor, ialah sebuah jenama restoran India Utara yang diasaskan di Malaysia pada 1990. Sejak itu, ia telah berkembang ke negara-negara lain di seluruh dunia. Terletak di kawasan kediaman, ia menawarkan pelbagai masakan India yang lazat, menampilkan gabungan herba dan rempah ratus yang sempurna. Antara menu utama di restoran ini ialah ayam mentega masala yang cukup berperisa dan roti naan yang lembut dan kenyal, manakala aiskrim Kulfi yang boleh didapati dalam pelbagai perisa menjadi pelengkap kepada hidangan yang sempurna.
Kemas kini secara langsung ini akan ditandai dengan simbol “NEW” dalam laman sesawang rasmi dan aplikasi mudah alih (iOS dan Android) MICHELIN Guide.
Ia akan memudahkan pencinta makanan untuk mengenal pasti restoran baharu ini dan merasai sendiri pengalaman terbaik yang ditawarkan oleh Malaysia.
Keistimewaan restoran-restoran yang baru ditambahkan ini akan diumumkan dalam pemilihan penuh tahunan.
Sila kunjungi laman sesawang MICHELIN Guide, atau muat turun aplikasi percuma untuk iOS dan Android, untuk mendapatkan maklumat baharu yang kerap dikemaskini.
BACA SINI: #TravelMana: Khairul Aming Buat Netizen Terliur, Kongsi 9 Lokasi Menarik ‘Syurga Makanan’
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Pelajar Tingkatan Dua M*ut Terjatuh Tingkat Lapan Bangunan Sekolah

gempak
19/11/2024
02:25 MYT
Pelajar perempuan Tingkatan Dua ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan bangunan sebuah sekolah menengah di Jelutong, Georgetown, Pulau Pinang, semalam.
Viral

"Selagi Tak Tidur Setilam, Tak Duduk Sebumbung, Selagi Itulah Tak Kenal Kita" - Che Ta Pot Pet Dedah Ramai Rakan Artis Menjauh

gempak
06/11/2024
10:08 MYT
Penyanyi dan usahawan popular Pulau Pinang, Che Ta Pot Pet mendedahkan ramai rakan selebriti mula menjauhkan diri darinya selepas perniagaan kosmetik yang diusahakan sejak bertahun-tahun lalu ditimpa ujian.
Hiburan

Kongsi Gambar Mata Lebam, Shila Amzah Dedah ‘Penang’ Pernah Buat Dirinya Trauma - “Ubai Tahu Segala-Galanya…”

gempak
29/10/2024
21:55 MYT
Penyanyi Shila Amzah mengimbau kembali trauma yang pernah menghantuinya sejak lebih 10 tahun lalu.
Sukan

Bekas Jurulatih Pulau Pinang, Jacksen F Tiago Peluk Islam

gempak
16/10/2024
02:44 MYT
Bekas jurulatih Pulau Pinang, Jacksen F Tiago memeluk Islam selepas meninggalkan kepercayaan agama lamanya.
Viral

Alice Chang Sorok Identiti, Cuba Nasib Kerja Di Kedai Aiskrim Lepas Dipecat Cium Doh Roti

gempak
14/10/2024
01:55 MYT
Nama Alice Chang kembali menjadi sebutan apabila dia tidak berputus asa untuk mencuba nasib menjadi pekerjaan baharu di sekitar ibu kota Kuala Lumpur.
Unitar