Bollywood

Momen Rare Arijit Singh Berkonsert Di KL! Nyanyi 50 Lagu Non-Stop, Sempat Sign Autograf Di Handbag Peminat

Amri Hassan
20/11/2024
10:13 MYT
Sponsor Banner
Momen Rare Arijit Singh Berkonsert Di KL! Nyanyi 50 Lagu Non-Stop, Sempat Sign Autograf Di Handbag Peminat
Penyanyi playback popular India, Arijit Singh membuktikan keampuhan vokalnya menerusi konsert Arijit Singh Live in Malaysia dengan melantunkan lebih 50 buah lagu sepanjang konsert 4 jam di Axiata Arena, Bukit Jalil, baru-baru ini.
Kehebatannya yang mengagumkan peminat di Malaysia khususnya telah secara tidak langsung memahat memori indah dan terbaik sepanjang sejarahnya beraksi di Malaysia.
Arijit pernah dahulu singgah di Kuala Lumpur sekitar 10 tahun lalu untuk menghiburkan peminatnya, ketika itu mungkin namanya tidak segah kini.
Biarpun keberadaan Arijit di Malaysia buat kali ini cuma untuk berkonsert, ia sama sekali mengubat rindu peminat setianya yang masih mahukannya kembali semula ke Kuala Lumpur.
Konsert anjuran bersama Castle Group, Hitman Solutions dan Cinestar Events itu menyaksikan 10,000 penonton memenuhi setiap ruang Axiata Arena.
Antara lagu-lagu terkenal dinyanyikan Arijit seperti Janam Janam (Dilwale), Ae Dil Hai Mushkil, Tum Hi Ho (Aashiqui 2), Kesariya (Brahmastra), dan Chaleya (Jawan) serta banyak lagi.
Momen ini turut merentasi sempadan, menarik peminat dari rantau Asia dan antarabangsa. Tidak dapat dinafikan sepanjang konsert peminat mengalunkan bersama untaian lagu-lagu Arijit tanpa henti.
Arijit juga terus mendapat pengiktirafan global sebagai artis lelaki dengan pengikut terbanyak di Spotify, mengatasi nama besar seperti Taylor Swift dan Ed Sheeran.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Group, Rohit Rampal pihaknya teruja dengan kejayaan konsert Arijit tahun ini.
"Kami sangat teruja dengan sambutan peminat Arijit Singh di Malaysia. Kejayaan konsert ini membuktikan pengaruh muzik Arijit yang luar biasa, dan kerjasama erat dengan Cinestar Events menjadikan pengalaman ini istimewa untuk semua yang hadir," katanya.
Hal itu diakui Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Cinestar Events, Yogesh Sharma, yang turut meluahkan kegembiraannya, menyatakan bahawa kejayaan ini membuktikan kecintaan peminat Malaysia terhadap muzik Bollywood.
Visual dan Audio yang Memukau Konsert ini bukan sahaja memberikan pengalaman muzik yang mengesankan, tetapi juga memukau penonton dengan visual dan sistem audio yang berkualiti tinggi. Lagu-lagu dari filem seperti Dilwale, Brahmastra, dan Jawan membawa peminat dalam perjalanan penuh emosi yang sukar dilupakan.
“Kami berharap untuk terus membawa lebih banyak artis Bollywood hebat ke Malaysia pada masa depan, memberikan pengalaman konsert yang luar biasa kepada peminat,” tambah Rohit Rampal.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024