"Motif Pembunuhan Dua Beranak Dipercayai Akibat Keganasan Rumah Tangga," - Polis
Motif pembunuhan seorang wanita dan anak perempuannya yang ditemukan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar berdekatan Pekan Simpang Kuala, Alor Setar, Kedah pada Isnin dipercayai akibat keganasan rumah tangga.
Tidak melibatkan pihak lain
Timbalan Ketua Polis Kedah DCP Adzli Abu Shah berkata kejadian itu tidak melibatkan pihak lain atau keganasan terancang, sekali gus meminta orang ramai untuk menghentikan spekulasi yang tular dalam media sosial mengenai keadaan yang tidak selamat di negeri ini sehingga mencetuskan kegusaran masyarakat.
"Polis menerima maklumat mengenai kejadian pada 5.04 petang semalam dan menjumpai dua mayat dengan kesan kelar pada leher kedua-dua mangsa. Hasil risikan kemudian berjaya menahan suspek berumur 43 tahun yang merupakan suami dan bapa kepada mangsa pukul 9.20 malam.
"Siasatan awal mendapati suspek tinggal di bangunan terbiar itu sejak seminggu lepas bersama isteri dan tiga anak.
Artikel berkaitan: Suspek Bunuh Isteri, Anak Direman Tujuh Hari
Artikel berkaitan: Mayat Dalam Longkang, Polis Tahan Lelaki Warga Asing
Artikel berkaitan: Bunuh Orang Demi Keseronokan, Lelaki Jadikan Mangsa Daging Burger Sebelum Jual
Artikel berkaitan: Tertekan Dengan Sinior, Doktor Pelatih Suntik Diri Dengan Ubat Bius Hingga Maut
Dalam kejadian semalam, polis menjumpai mayat isteri dan anak perempuannya yang berusia 10 tahun manakala seorang anak lelaki berusia lima tahun ditemukan selamat bersama suspek ketika ditahan," katanya pada sidang media pada Selasa.
"Siasatan awal terhadap mayat kanak-kanak itu turut menemukan kesan kelar sama seperti dua mayat semalam.
Jadi, kita percaya mayat itu merupakan anak bongsu suspek dan kita akan jalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengesahkan identiti mangsa," katanya.
Ternampak suspek
Pada malam kejadian katanya, ada saksi yang ternampak suspek bersama anak lelakinya berada berhampiran longkang di Jalan Pegawai kira-kira dua kilometer dari bangunan itu dan terdengar seperti ada sesuatu yang dibuang di dalam longkang besar berkenaan.
Sumber: Astro AWANI menerusi BERNAMA