Gaya Hidup

Mudah Dan Pintar! Lima Perkara Harian Ini Anda Boleh Lakukan Dengan Teknologi Huawei Share

Azwa Rahman
30/07/2020
08:43 MYT
Sponsor Banner
Mudah Dan Pintar! Lima Perkara Harian Ini Anda Boleh Lakukan Dengan Teknologi Huawei Share
Pernahkah anda mengalami situasi ini: Semasa bekerja dari rumah, anda memerlukan kabel untuk membuat sebarang sambungan untuk memindahkan fail atau foto dan ia pastinya memakan masa!
Ramai di antara kita yang mempunyai banyak peranti seperti TV dan telefon pintar tetapi di mana kita harus mula untuk memindahkan sebarang kandungan daripada telefon ke TV? Tambahan lagi bila anda sentiasa sibuk dengan pelbagai urusan, bertambah pening.
Halangan perkakasan yang biasa terjadi di antara peranti sangat menggangu pengalaman pengguna untuk menikmatinya. Pengguna pula semakin hari menggunakan pelbagai peranti dan dengan adanya hubungan sambungan peranti secara pintar dilihat sangat membantu.
HUAWEI telah mengambil langkah untuk menawarkan penyelesaian untuk masalah perhubungan ini dengan teknologi Huawei Share.
Huawei Share membolehkan pengguna berhubung dengan mudah tidak kira di pejabat, di rumah ataupun di mana sahaja, dengan hanya satu sentuhan.
Teknologi ini tidak hanya berkongsi fail telefon malah ia memperkenalkan inovasi mod interaksi OneHop di antara telefon dan peranti pintar lain seperti pemindahan fail, perkongsian audio, sambungan rangkaian serta unjuran skrin, menjadikan pengalaman interaksi anda lebih luar biasa.
Selain itu, dengan teknologi Huawei Share ini, ia membolehkan anda melakukan perkara ini dengan mudah!
1. Pemindahan foto kepada komputer riba dengan hanya tekan satu butang.
Jika anda ingin memindahkan foto dari telefon ke dalam komputer untuk proses mengedit, anda hanya perlu menekan dan mengaktifkan NFC di dalam telefon pada tag Huawei Share di bahagian bawah kanan komputer untuk menghubunngkannya
Malah, ia bukan saja melancarkan pemindahan fail antara komputer, tablet dan telefon pintar, malah menerusinya anda boleh mengawal telefon pintar dan komputer riba menggunakan tetikus dan papan kekunci.
2. Rasai pengalaman inovasi Multi-Screen Collaboration yang disediakan khas oleh Huawei Share
Sekiranya telefon anda dikemaskini dengan antaramuka EMUI 10.0 atau versi terkini, anda sebenarnya boleh merasai pengalaman penggunaan Multi-screen Collaboration yang interaktif pada Huawei Share.
Ia bukan sahaja memudahkan pemindahan fail, malah turut membenarkan penggunaan tetikus dan papan kekunci komputer peribadi berfungsi di dalam telefon pintar.
‘Tap’ sahaja telefon pintar ke komputer atau tablet, paparan telefon anda akan turut terpapar di skrin. Anda juga boleh mengakses mana-mana aplikasi telefon pintar atau tarik dokumen dengan menggunakan tetikus di komputer. Malah, boleh juga melakukan ‘double click’ untuk mengedit dokumen (sokongan EMUI 10.1 ke atas).
3. Pengkongsian audio menerusi One Tab, sambung dengar lagu kegemaran anda dengan mudah
Pembesar suara yang disediakan juga luar biasa. Apabila pulang ke rumah selepas bekerja atau beriadah, tekan di bahagian Sound X di telefon pintar dan alunan muzik terus tersedia untuk anda.
Ini semua boleh dilakukan dengan fungsi One-Tap Audio Sharing. Jika anda ingin menghentikan seketika muzik, anda tidak perlu melakukan akses dengan telefon pintar kerana anda boleh melakukannya dengan menutup bahagian atas pembesar suara menggunakan tapak tangan sahaja.
4. Bermain permainan video dengan mudah bersama teman-teman dengan One-Tap Network Connection.
Teman-teman anda akan terus mempunyai akses kepada rangkaian Wi-Fi rumah anda dengan mudah, tak perlu minta kata laluan.
Hanya perlu ‘tap’ telefon di bahagian NFC, mereka boleh mengakses rangkaian Wi-Fi semudah ABC. Malah penggunaan skrin juga dapat dipindahkan ke televisyen dengan menggunakan teknologi yang sama.
5. Anda boleh kunci dan buka kunci kereta dengan mudah menggunakan Huawei Share!
Ciri paling hebat, serius! Dengan Huawei Share, anda boleh kunci dan buka kunci kereta. Syaratnya anda hanya perlu dekat dengan kereta. Untuk mengunci kereta, dari jauh pun boleh, hanya guna telefon pintar sahaja.
Dengan satu langkah kecil daripada Huawei ini, boleh memudahkan kita dalam pelagai perkara harian!
HUAWEI sentiasa komited untuk memberikan pengalaman terhebat kepada para pengguna.
HUAWEI P40 PRO+ hadir dengan Petal Search Widget-Find Apps, widget terbaru yang membantu pengguna mencari aplikasi, content dan berita yang mereka mahukan di telefon pintar dengan lebih lancar.
Alat terbaru ini direka oleh HUAWEI untuk membolehkan pengguna mengakses dan memilih apa saja aplikasi yang belum pernah dimiliki.
Bagaimana Petal Search Widget Berfungsi
Langkah 1
Gunakan Petal Search Widget -Find Apps dalam telefon pintar Siri P40 anda. Klik Find Apps pada homescreen untuk mula.
Langkah 2
Aplikasi Petal Search Widget akan paparkan senarai aplikasi popular pilihan untuk anda muat turun. Taip saja aplikasi yang anda kehendaki pada butang carian.
Langkah 3
Berdasarkan carian anda, senarai aplikasi paling relevan akan tersenarai pada Petal Search Widget - Find Apps. Seterusnya, muat turun dari HUAWEI AppGallery, boleh juga install aplikasi dari link rasmi, jadikan versi web atau install aplikasi dari penstoran lain.
Malah Huawei juga akan terus bekerjasama dengan rakan ekosistem untuk memberikan pengalaman pintar kepada semua pengguna pada masa akan datang.
Ikutilah kempen HUAWEI Together 2020. Dengan adanya One Tap Connectivity dengan Huawei Share, semuanya mudah!. Untuk pelbagai maklumat lanjut, anda boleh klik di sini.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024