Hiburan

Mudah Panik & Tak Kuat , Intan Najuwa Kagum Dengan Kaum Ibu Jaga Anak Tanpa Pembantu - “Lunara Menangis, Saya Pun…”

Asyikin Mayudin
10/02/2025
09:55 MYT
Sponsor Banner
Mudah Panik & Tak Kuat , Intan Najuwa Kagum Dengan Kaum Ibu Jaga Anak Tanpa Pembantu - “Lunara Menangis, Saya Pun…”
Pelakon Datin Intan Najuwa berasa kagum dengan kaum ibu yang mampu menguruskan dan menjaga anak-anak kecil tanpa memerlukan bantuan pembantu.

Tak kuat

Menerusi siaran langsung (live) di TikTok, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, mengakui dia tidak mempunyai kekuatan dari segi mental untuk menguruskan bayinya yang baru lahir.

“Kepada semua ibu-ibu yang menjaga anak tanpa pembantu, korang memang kuat. Saya sangat hormat para ibu yang jaga anak terutama yang baru lahir.

“Saya tidak sekuat korang untuk jaga seorang diri sebab mungkin saya jenis tak kuat dari segi mental,” kongsinya.

Mudah panik

Pada perkongsian yang sama, pelakon berusia 28 tahun ini turut mendedahkan dia akan mengalir air mata apabila melihat anaknya iaitu Imane Lunara menangis.

“Saya yang ada pembantu pun pening. Puting ke sana, botol susu dah ke sana, bedung entah dekat mana. Luna menangis, saya pun menangis.

“Lepas itu, bila kita tengah tukar lampin sambil dia menangis, kita pulak panik. Sampai lupa nak buat apa,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Cemas Anak Sulung Ada Kahak, Intan Najuwa Bergegas Bawa ke Hospital - “Doktor Memeriksa Luna Beberapa Kali Supaya…”

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Lebih Sebulan Bersalin, Intan Najuwa Akhirnya Kongsi Wajah Imane Lunara

ARTIKEL BERKAITAN: Dikritik Minum Ais Lepas Habis Berpantang, Intan Najuwa Terus Nak Jadi Kucing - “Semoga Puas Hati Makcik”

Sekadar info, pelakon drama Racun Raihana itu telah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ahmad Azraf pada 18 Ogos lalu.
Intan melahirkan cahaya mata pertama bernama Imane Lunara secara pembedahan pada 15 Disember tahun lalu.
@dcnhshop_ @DIDAPOJUS INTAN NAJUWA #intannajuwa #didapojus_hq #jushomemade #celeryjuice #tumericjuice ♬ original sound - DIDAPOJUS INTAN NAJUWA
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024