,
Hiburan

Muka Disamakan Dengan Girlfriend Popeye Sebab Rambut Pendek, Intan Najuwa Sekolahkan Netizen - "Saya Tak Guna Duit Awak..."

Firdaus
12/09/2024
08:25 MYT
Pelakon Datin Intan Najuwa memberitahu dia tidak mengendahkan komen netizen yang menyifatkannya serupa dengan teman wanita watak animasi terkenal, Popeye, ketika berambut pendek.

Tak Peduli Kritikan

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Intan menyatakan dirinya enggan mengambil peduli terhadap kata-kata negatif yang dilontarkan dan gembira dengan imejnya buat masa sekarang.

"Saya tak kisah macam girlfriend popeye ke, macam girlfriend shrek ke, macam girlfriend sesiapa pun tak kisah, yang penting saya gembira rambut panjang ke pendek.

"Saya tak guna duit awak (netizen) untuk gunting rambut. Suami saya suka. Saya tak perlu minta kebenaran awak.
"Biarlah macam girlfriend popeye ke apa asalkan saya bahagia. Hati saya tenang dan tak ada hasad dengki. Yang penting bahagia hidup saya. Tak pernah kacau orang atau busuk hati dengan orang. Allah bagi ganjaran dekat saya supaya kekal tenang dan juga bahagia selalu," katanya.
@intanajuwa.fc Intan Najuwa || Fasa Hamil Yang Makan Tak Kenyang-Kenyang.. ? #foryoupageofficiall #fyp #intannajuwa #foryoupage #foryoupage ♬ 3 Segundos De Gloria - Kolisiøn
Mengulas lanjut, aktres berusia 27 tahun itu berharap agar pihak di luar sana lebih beradab dalam memberikan teguran.
"Awak tak kenal orang tu tapi cakap pasal orang tu. Dia macam tak elok. Perlu belajar mengenai adab dan mungkin kena belajar cara nak tegur orang yang anda tak kenal. Tak semua orang kawan kita," jelasnya.

BERITA TRENDING: “This Is The Best Gift Ever” - Intan Najuwa Dedah Jantina Anak, Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan

​BERITA TRENDING: Netizen Dakwa Jantina Anak Boleh Berubah, Intan Najuwa Dah Buat Ujian Darah & NIPT - “Let’s Not Kill The Joy, Okay?”

BERITA TRENDING: Mahu Beli Barang Bayi Di London & Sepanyol, Intan Najuwa Nafi Guna Duit Suami

​BERITA TRENDING: Baru Faham Perasaan Ibu Hamil Alami Alahan, Intan Najuwa Tak Boleh Lihat Pasu - “Saya Suruh Pembantu Rumah Alih, Sebab Rasa Nak Muntah”

Dalam perkembangan terkini, Intan baru-baru ini mendedahkan dia dan suami, Datuk Ahmad Azraf Azman, bakal menimang cahaya mata perempuan.
Related Topics
Must-Watch Video
Hiburan

Riena Diana Kagum Keith Foo Berusaha Dalami Agama Islam - “Kakak Dan Abang Dia Juga Mualaf”

gempak
24/09/2024
14:55 MYT
Pelakon Riena Diana memaklumkan teman lelakinya yang juga pelakon, Keith Foo terbuka untuk mendalami tentang agama Islam.
Hiburan

“Jaga Rumah Tangga Kau Sudah!” - Zaquan Adha Bengang Netizen Minta Ibu Jenguk Anak-Anak Rita Rudaini

gempak
24/09/2024
13:57 MYT
Bekas pemain bola sepak negara, Zaquan Adha memuat naik tangkap layar memaparkan mesej yang dihantar oleh seorang wanita kepadanya menerusi Instagram Story (IG Story).
Viral

“Dia Kata Orang Tak Apa, Kalau Orang Mengata Dia…” - Netizen Luah Rasa Menyampah Selepas Kieda Crepe Kritik Cara Pakaian Dua Lelaki Mandi Kolam

gempak
24/09/2024
04:55 MYT
Tular di aplikasi X apabila seorang individu meluahkan pendapatnya mengenai sikap pempengaruh dan usahawan, Kieda Crepe yang dikatakan cuba untuk mengkritik orang lain.
Hiburan

Sebijik! Peminat Terkejut Tengok Penampilan Terkini Saharul Ridzwan – “Maaf, Mula-Mula Tengok Macam…”

gempak
23/09/2024
08:55 MYT
Aktor Saharul Ridzwan mencuri tumpuan warganet di media sosial, baru-baru ini.
Viral

Ramai Terkejut Peniaga Jual Aiskrim Malaysia Sampai RM6 Sebatang! - "Seriuslah Masuk Event Terus Naik Harga?"

gempak
23/09/2024
03:55 MYT
Tular di aplikasi X apabila seorang individu menzahirkan rasa kecewa dan terkejut melihat harga jualan tidak masuk akal aiskrim Malaysia di sebuah festival.