Hiburan

Netizen Dakwa Jantina Anak Boleh Berubah, Intan Najuwa Dah Buat Ujian Darah & NIPT - “Let’s Not Kill The Joy, Okay?”

gempak
Asyikin Mayudin
21/08/2024
08:25 MYT
Sponsor Banner
Netizen Dakwa Jantina Anak Boleh Berubah, Intan Najuwa Dah Buat Ujian Darah & NIPT - “Let’s Not Kill The Joy, Okay?”
Selepas berkongsi video momen ‘gender reveal’, pelakon Intan Najuwa menerima komen netizen yang meluahkan pendapatnya mengatakan jantina bayi boleh berubah walaupun sudah boleh dijangkakan dari awal.

Ujian darah & NIPT

Enggan berdiam diri, Intan menerusi Instastory miliknya memberitahu dia sudah melakukan ujian darah dan ‘Non-invasive prenatal testing’ (NIPT) untuk kepastian jantina bayinya.

“Hi semua, hanya ingin berkongsi yang saya sudah lakukan ujian NIPT dan juga ujian darah untuk mengetahui jantina bayi. Ini bukan seperti imbasan biasa dan doktor beritahu ujian NIPT ini keputusannya 99% tepat.

“Jadi, jangan rosakkan kegembiraan, okay? Sama ada awak percaya atau tidak, apa kata kita berhenti bercakap mengenainya,” kongsi Intan.

Untuk kenangan

Pada perkongsian yang sama, Intan juga memberitahu acara ‘gender reveal’ yang dilakukan itu hanya untuk keseronokan selain untuk dijadikan sebagai kenangan.

Tak kisah anak perempuan atau lelaki

Dalam pada itu juga, Intan berkata dia dan suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman tidak kisah dikurniakan cahaya mata lelaki atau perempuan.

“Gender reveal ini hanya untuk keseronokan saja dan untuk sebuah video yang dijadikan sebagai kenangan. Sejujurnya, saya tak kisah dikurniakan anak lelaki atau perempuan.

“Asalkan anak kami dalam keadaan sihat dan bahagia,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “This Is The Best Gift Ever” - Intan Najuwa Dedah Jantina Anak, Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu Beli Barang Bayi Di London & Sepanyol, Intan Najuwa Nafi Guna Duit Suami

ARTIKEL BERKAITAN: Baru Faham Perasaan Ibu Hamil Alami Alahan, Intan Najuwa Tak Boleh Lihat Pasu - “Saya Suruh Pembantu Rumah Alih, Sebab Rasa Nak Muntah”

Sebelum ini, Intan memuat naik foto bersama suami dan jelas kelihatan baby bump di bahagian perutnya, sekaligus mereka memaklumkan tentang kehamilan tersebut.
Pada Selasa, Intan berkongsi video mengumumkan dia dan suami bakal timang anak perempuan.
Sekadar info, Intan dan Azraf selamat mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos tahun lalu di sebuah resort mewah yang terletak di Johor.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live