Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Mula Jalani Kemoterapi, Elyana Kurang Senang Netizen Sering Tanya Soal Kanser – “Bila Ada Yang Tak Kena, Orang Maki Hamun Saya”

Gempak 20/07/2024 | 05:25 MYT
Penyanyi Elyana berkongsi perjalanan rawatan kemoterapi yang dijalaninya baru-baru ini.

Rawatan Kemoterapi Keempat

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 34, berkongsi momen dia di hospital bagi menjalani rawatan tersebut.

Dalam perkongsian tersebut, pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu berkata dia sedang menjalani rawatan kemoterapi yang keempat.
“Bermulalah kemoterapi.
“Sekarang ini bag ketiga yang ambil masa 3 jam, dan selepas itu ada satu lagi bag. Semua kemoterapi ada empat bag.

“Kemoterapi keempat adalah pertama kali sebab sebelum ini doktor tak guna ubat ini, harap kesan dia okay saja. Selalunya tiga bag saja,” kongsi Elyana.

Dedah Kos Rawatan

Dalam pada itu, Elyana turut mendedah kos rawatan kemoterapi yang dijalaninya apabila disoal peminat mengenai kos rawatan tersebut.

“Kos kemoterapi setiap rawatan berlainan. Contoh hari ini, pertama kali saya guna ubat yang baru (yang terakhir) jadi harganya satu tiub RM16,000 tetapi hari ini doktor guna dua tiub, bermakna RM32,000.

“Bayangkan, ia tak termasuk bag pertama, kedua dan ketiga,” kongsi Elyana lagi.

Kurang Senang Disoal Tentang Kanser

Terdahulu, Elyana meluahkan rasa kurang senang apabila ada segelintir netizen yang sering bertanyakan hal penyakit terutamanya mengenai kanser.

Tegas Elyana, dia bukanlah seorang yang pakar untuk menjawab persoalan berkaitan perubatan.

“Minta maaf, saya bukan klinik atau hospital untuk semua orang nak dapat jawapan tentang penyakit ya.

“Saya pun pesakit macam anda. Berat jadi saya ni. Nak kena layan semua orang bila orang perlukan,” tulisnya.

Terkilan Sering Dikecam

Malah, Elyana turut terkilan apabila sering menjadi bahan kecaman netizen.

“Bila ada yang tak kena di mata orang, orang maki hamun saya macam saya ni tak ada perasaan. Saya bukan malaikat.

“Korang kata saya ahli neraka, tak kan masih nak minta tolong saya.

“Ramai lagi orang yang bijak pandai kat luar sana,” tutupnya.

Untuk rekod, Elyana disahkan bebas daripada penyakit kanser limfoma tahap empat selama 11 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Sungguhpun Sudah Bebas Kanser, Elyana Masih Tetap Jalani Kemoterapi - “Saya Hutang Lagi Dua…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kanser Saya Hilang!!!!” - Elyana Kongsi Berita Gembira, Perjuangan 11 Tahun Berhasil!

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit Lebih 10 Tahun, Lalui Berpuluh Kali Kemoterapi, Radioterapi – Elyana Luah ‘Struggle’ Lawan Kanser Limfoma.

#Netizen #Elyana #Kanser #Limfoma #Kemoterapi #Terkilan
;