Laman Utama

Nabila Huda Tiada Masalah Dengan Sophia Albarakbah - “Teguran Itu Bersifat Profesional”

Mya Amri
16/11/2023
02:55 MYT
Sponsor Banner
Nabila Huda Tiada Masalah Dengan Sophia Albarakbah - “Teguran Itu Bersifat Profesional”
Pelakon Nabila Huda tidak mempunyai masalah untuk bergandingan dengan Sophia Albarakbah susulan tegurannya terhadap isu cinta lokasi sebelum ini.
Tidak berniat untuk mencampuri urusan orang, Nabila berkata teguran yang dilakukan itu adalah berbentuk profesional, secara umum dan tidak ditujukan kepada individu tertentu.
“Saya tak ada apa-apa isu pun dengan Sophia cuma pada ketika itu isu semasa berkenaan sedang hangat diperkatakan.
“Saya hanya komen tentang isu semasa yang saya tak suka. Sebagai pelakon senior, saya memberikan teguran kerana tidak mahu orang memberikan pandangan buruk tentang industri kita.
“Kasihanlah pada mereka yang berusaha keras daripada muda san jujur nak menjadi seorang pelakon. Kalau terjadinya perkara sebegini, senang-senang sahaja orang nak burukkan kita.
“Jadi pada saya, itulah pentingnya kita menjada perkara-perkara seperti ini. Nasihat saya itu adalah pada ketika itu, situasi itu.
“Saya okay untuk bekerja dengan sesiapa sahaja, teguran saya itu adalah sebagai seorang yang profesional.
“Tidak bermaksud apa-apa dan saya juga tidak mempunyai perasaan buruk tentang sesiapa pun sebab saya tak mahu bermusuh,” jelasnya.
Nabila berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana filem Budak Flat bertempat di MBO Atria, Damansara Jaya baru-baru ini.

PILIHAN PEMBACA: #GTheUntoldStory: Jadi ‘Musuh’ Wanita, Sophia Albarakbah Pesan: “Tak Perlu Overthinking & Paranoid”

Tambah Nabila lagi sebagai pelakon senior, dia tidak mahu isu seperti itu menggangu kerjaya lakonan masing-masing.
“Rasanya ramai yang tahu cara saya agak lantang dalam memberikan pendapat tapi saya tak pernah rasa nak bermusuhan dengan sesiapa dan apa masalah peribadi orang saya tidak masuk campur.
“Jadi saya harap teguran yang saya katakan itu dapat diterima dengan hati terbuka. Ini bukan isu personal, teguran itu adalah secara umum sahaja sebenarnya.
“Saya hanyalah seorang pelakon senior yang tidak mahu benda-benda begini menghancurkan kerjaya masing-masing.
“Kalau rasa nak jujur sebagai seorang pelakon, maka jujurlah. Tapi kalau memilih untuk ke jalan yang itu (orang ketiga), terpulanglah. Itu bukan urusan saya,” ujarnya.

BERITA TRENDING: “Tiada Kaitan Dengan Aliff, Saya Ada Hak Pergi GV Untuk Sokong Sesiapa” - Sophia Albarakbah

BERITA TRENDING: “Dia Dah Biasa Putar Belit” - Bella Astillah Dakwa Sophia Albarakbah Tipu, Tunggu Aliff Aziz Perform Baru Gerak!

Terdahulu, Nabila sebelum ini menjadi perhatian netizen selepas memberikan teguran mengenai isu pelakon wanita yang jatuh cinta dengan suami orang di lokasi penggambaran.
Bagaimanapun netizen mengaitkan teguran yang dilakukan Nabila itu memounyai kaitan dengan isu Sophia, Aliff Aziz dan juga Bella Astillah.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar