Berita

Nahas Elmina: Laporan Akhir Dikeluar Beberapa Hari Lagi - Anthony Loke

Awani
14/08/2024
09:25 MYT
Sponsor Banner
Nahas Elmina: Laporan Akhir Dikeluar Beberapa Hari Lagi - Anthony Loke
Laporan akhir berhubung nahas kemalangan udara Elmina di Shah Alam yang mengorbankan 10 nyawa pada 17 Ogos tahun lalu dijangka dikeluarkan dalam beberapa hari lagi.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menjelang setahun insiden tersebut.

“Saya fikir laporan ini akan disiarkan beberapa hari lagi kerana menjelang ulang tahun pertama. Sudah tentu ia akan dikeluarkan nanti," katanya dalam sidang media bersama Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli pada Rabu.

Pada 15 September tahun lalu, laporan awal yang diterbitkan oleh MOT mendedahkan tiada objek asing, bulu burung atau mana-mana bahan ditemui dalam komponen enjin kiri dan kanan pesawat Beechcraft 390 Premier 1.
Laporan awal nahas itu juga menyatakan enjin sebelah kanan pesawat itu terpecah kepada tiga segmen yang berbeza iaitu kipas; pemasangan sarung kipas dengan bilah Tekanan Perantaraan (IP) dan Alat Pemampat Tekanan Tinggi dan Bahagian Panas.

BERITA TRENDING: Eman Manan Tiada Alasan Hadkan Diri Untuk Berlakon, Syukur Diberi Kesihatan Baik – “Setakat Ini Tiada Ubat Yang Perlu Saya Makan”

BERITA TRENDING: Luah Rasa Sayang, Ibu Titip Doa Untuk Shila Amzah Sempena Hari Lahir - “Serta Umur Yang Menjadi Kesempatan Untuk Rajin Beribadah…”

BERITA TRENDING: Zubir Khan Mengaku Pernah Wujud Rasa ‘Insecure’, Ambil Masa Lama Dapat Keyakinan Diri - “Saya Sorok Tangan Saya Sebab…”

BERITA TRENDING: Kongsi Momen Mesra Dengan Isteri, Aqil Zulkiflee Cetus Rasa Bimbang Golongan Ibu - “Anak Sampai Tanya Boleh Ke Peluk-Peluk Dalam Kolam”

Siasatan ke atas nahas tersebut dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) mengikut Annex 13 berdasarkan Konvensyen Chicago dan Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016.
Pesawat berkenaan dikendalikan oleh Jet Valet Sdn Bhd yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (WMKL), menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
Laporan awal juga menyatakan pesawat jenis Beechcraft Premier 1 itu mempunyai sijil kelayakan udara yang sah dan diselenggarakan mengikut peraturan.
Sumber: Astro Awani
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar