Laman Utama
Nak Elak Nyanyuk, Sertai Kumpulan Marhaban! Ini 5 Manfaat Lain Yang Perlu Korang Tahu
Selain mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah menerusi kumpulan marhaban, golongan emas terutamanya digalakkan menyertai marhaban bagi mengatasi masalah nyanyuk.
Menerusi cadangan Public Health Malaysia menerusi siaran Facebook baru-baru ini, mereka menyenaraikan beberapa manfaat yang diperolehi menerusi pembabitan kumpulan marhaban.
"Ini kerana, kewujudan geng marhaban menjadikan mereka saling berbual, berkongsi pendapat dan pengalaman yang dapat membantu untuk kesihatan mental yang baik.
“Geng marhaban boleh menjadi kumpulan sokongan dan mengukuhkan fungsi jaringan sosial. Aktiviti ini dapat meransang fungsi kognitif dan mencegah alzheimer (nyanyuk)," kongsi Public Health Malaysia.
Jom semak faedah-faedah lain menyertai marhaban:
1. Kesihatan mental yang baik
2. Merangsang fungsi kognitif
3. Sebagai kumpulan sokongan
4. Mengurangkan stres
5. Kukuhkan jaringan sosial
BACA: Lirik Marhaban Kahwin Geng Makcik Tudung Merah - "Hingga Ke Anak Cucu... Selamat Pengantin Baru"
Foto: Flickr