Hiburan
Nama Unik Anak Ketiga Jihan Muse Jadi Perhatian, Ini Rupanya Maksud Ungku Attufayl Adl
Pelawak dan pengacara, Jihan Muse selamat melahirkan cahaya mata ketiga.
Selamat bersalin anak ketiga
Berita gembira itu diumumkan sendiri menerusi hantaran terbaharu suaminya, Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Ali di Instagram.Hantaran itu turut mendedahkan wajah comel beserta nama anak lelaki ketiga mereka.
"Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki ketiga, Ungku Attufayl Adl Ungku Hariz Faizal," tulisnya.
Nama unik anak jadi perhatian
Bagaimanapun, rata-rata netizen tertarik dengan pemilihan nama unik, Ungku Attufayl Adl.Jihan menerusi ruangan komen di Instagram kemudiannya memberitahu maksud nama anak ketiganya itu.
Terdahulu, Jihan dan Ungku Hariz mendirikan rumah tangga pada 29 Mac 2016.“At-Tufayl (salah seorang sahabat baginda Rasulullah SAW). Adl (salah satu nama Allah dari Asmaul Husna). “Tiga orang anak lelaki kami, Ungku Arsalan Haq Ungku Altamis Barr, Ungku Attufayl Adl,” tulisnya.
Hasil perkahwinan itu, pasangan tersebut memiliki dua cahaya mata lelaki iaitu Ungku Arsalan Haq, 6 dan Ungku Altamis Barr, 2 tahun.
ARTIKEL BERKAITAN:Jihan Muse Lebih Memilih, Ini Sebab-Sebabnya! - "Dulu Lepas Pantang Saya ..."
ARTIKEL BERKAITAN:Jihan Muse Umum Hamil Anak Ketiga - “Berita Yang Tak Dijangka..”
ARTIKEL BERKAITAN: Gegar Vaganza 11: Pikul Tanggungjawab Besar Ganti Jihan, Sherry Alhadad Mahu Jadi Diri Sendiri – “Lama Juga Saya Fikir, Boleh Ke? Mampu Ke?”
Must-Watch Video