Laman Utama

Nampak Macam Lelaki Tapi Rupanya-Rupanya Perempuan? Kenali Hakken Ryou, Pemain Cosplay Asal Malaysia

Izwan Isa
19/05/2022
11:50 MYT
Sponsor Banner
Nampak Macam Lelaki Tapi Rupanya-Rupanya Perempuan? Kenali Hakken Ryou, Pemain Cosplay Asal Malaysia
Kecoh di laman sosial apabila kehadiran pemain cosplay popular Malaysia, Hakken Ryou ke sebuah acara cosplay popular di ibu kota menimbulkan respons berbeza dalam kalangan netizen baru-baru ini.
Hal ini kerana, ada peminat wanita Islam yang mengambil kesempatan untuk bertemu idolanya dan menggunakan peluang tersebut untuk merakamkan foto bersama sambil mempamerkan kemesraan dengan berpegangan tangan.
Kemesraan yang ditunjukkan menyorot perdebatan netizen. Tentulah, ramai yang melihat Hakken sebagai seorang lelaki dan berpegangan tangan dengan wanita sebagai satu hal yang tidak molek.
Begitupun, ramai yang tidak tahu bahawa Hakken asalnya seorang wanita.
Namun, sungguh begitu, Hakken yang memiliki pengikut di Instagram sebanyak 3.4 juta itu sendiri tidak mahu dikelaskan dengan mana-mana jantina dan melabelkan dirinya sebagai agender.
“Saya mengidentifikasi sebagai agender, jadi tak kisah apa yang orang fikir tentang saya, tetapi saya berasa agak kurang selesa apabila orang memaksa imej ‘perempuan’ terhadap saya sedangkan saya selesa dalam zon saya (sebagai maskulin),” kata Hakken menerusi satu komunikasi bersama peminat.
Menerusi temubual bersama Insider.com pula, Hakken pernah memberitahu yang minatnya bermain cosplay selepas berkongsi gambarnya mengenakan persalinan Itachi Uchica daripada siri Naruto.
“Dari situ, saya lihat pengikut di media sosial saya mula bertambah. Saya juga menentukan gaya cosplay saya.
“Daripada hanya cuba mencipta semula animasi dua dimensi, saya kurangkan solekan dan cuba kelihatan senatural mungkin, sambil membayangkan semula rupa watak itu dalam kehidupan sebenar,” katanya.
Hakken yang berusia 24 tahun turut memberitahu yang dia menghabiskan sekitar AS$100 (RM439) hingga AS$500 (RM2,196) untuk persalinan cosplay biasa. Selain itu, sesi berfoto yang memerlukannya ke lokasi lain menelan belanja sehingga AS$25,000 (RM109,849).
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar