Bollywood
Nawazuddin Siddiqui Dinilai Paling Hodoh, Tidak Layak Jadi Bintang Bollywood
Nawazuddin Siddiqui dikenali sebagai aktor Hindi yang cukup berkaliber dengan lapan daripada filem lakonannya pernah ditayangkan di Festival Filem Cannes.
Kehebatan lakonannya bagaimanapun belum dapat menutup mata segelintir penonton yang menyifatkan Nawazuddin sebagai hodoh dan tidak layak berada dalam industri Bollywood.
Perkara itu didedahkan Nawazuddin, 50, dalam satu temu bual.
“Saya tidak tahu mengapa dibenci kerana penampilan dan rupa saya. Mereka kata saya hodoh.
“Saya lihat diri dalam cermin, saya sendiri tertanya pada diri sendiri ‘macam mana saya boleh wujud dalam industri Bollywood dengan penampilan begini,” kata Nawazuddin seperti dilaporkan Hindustantimes.com.
BERITA TRENDING: Adi Putra Penyeri Filem Aksi Punjabi Malaysia Saazish, Pengarah Akui Sukar Bersaing Dengan Filem Bollywood
Walau sering didiskriminasi sebagai ‘tidak cantik’, bintang yang terkenal dengan filem l The Lunchbox, Gangs of Wasseypur, Kahaani dan Sacred Games itu tidak membenci industri hiburan yang diceburi.
“Saya sering dengar orang cakap saya hodoh secara fizikal. Tapi saya tidak ada rungutan tentang industri perfileman. Saya bersyukur kerana selalu diberi peluang melakonkan pelbagai karakter sepanjang karier,” katanya lagi.