Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Neelofa Dedah Tak Pernah Beli Barang Dapur Guna Duit Sendiri - “Sewa Rumah, Bil Air & Api Semua Saya Tak Pernah Sentuh…”

Firdaus 18/10/2024 | 06:55 MYT

Pelakon dan usahawan, Neelofa berkongsi bahawa dirinya tidak pernah mengeluarkan wang untuk keperluan rumah sebaliknya perkara itu diuruskan oleh suaminya, Haris Ismail.

Menerusi sesi podcast bersama aktres, Nora Danish dan pempengaruh, Natasha M Ozeir, Neelofa menyatakan Haris tidak membenarkan dia membeli barangan keperluan dapur menggunakan wangnya sendiri.
Menurut Haris, segala keperluan yang termasuk dalam kewajipan nafkah adalah tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
“Sewa rumah, bil air dan api, barangan dapur semua saya tak pernah sentuh sejak saya dan Haris berkahwin. Itu suami yang kena sediakan.
“Kadang-kadang saya beli susu anak ke atau pergi beli barangan dapur, dia akan tanya mana bil. alau dia nampak saya beli barang dapur tapi tak minta dia duit, dia cakap jangan buat macam ni. Sebab dia kata itu bahagian (tanggungjawab) dia yang kena bayar,” kongsinya.
Dalam pada itu, Neelofa turut menitipkan pesanan di mana seorang isteri perlu menghormati suami kerana mereka adalah ketua dalam institusi kekeluargaan.
“Kenapa perempuan kena ikut cakap suami, kena hormat suami? Sebab bila kita jadi anak perempuan, semua tanggungjawab adalah di atas bahu ayah kita.
“Kemudian, seorang lelaki datang ambil kita (berkahwin), jadi rumah, makanan dan perlindungan semua tanggungjawab dia. Jadi kita berhak menghormati dia untuk dia pimpin keluarga. Sebab itu kena tunduk suami,” ujarnya.

undefined
Sekadar info, Neelofa dan Haris telah mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.

BERITA TRENDING: Tak Pernah Keluar Duit Untuk Keperluan Rumah, Ini Pesanan Neelofa Untuk Pasangan Bakal Berkahwin - “You Nak Kahwin, Husband Kena Sediakan Rumah…”

​BERITA TRENDING: Teguran PU Riz Untuk Individu Kata ‘Lebih Selesa Tak Bertudung, Inilah Diri Saya Sebenar’ - “Dalam Agama Ada Bahagian Yang Dipanggil Malu Dengan Dosa”

​BERITA TRENDING: “Kami Menyimpan Harapan Tinggi Untuk Bekerjasama Lagi” - Neelofa Rakam Penghargaan Terima Kasih Buat Dr Zulkifli Sepanjang Bersama TheNoor

​BERITA TRENDING: Netizen Teka Neelofa Hamil Anak Ketiga? - "Cutenya, Macam Nampak Baby Bump Je"

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.

#Neelofa #Selebriti #Rumah tangga #hiburan #Haris #Ismail
;