Hiburan
Neelofa Tetap Suka ‘Blur’ Muka Anak, Belum Terfikir Kongsi Wajah Abdullah Abbas - “Saya Rasa Lebih Selesa Tak Tunjuk, I Like It!”
Setahun sudah usia anak kedua Neelofa dan Haris Ismail atau dikenali sebagai PU Riz iaitu Abdullah Abbas namun sehingga kini pasangan selebriti masih belum dikongsikan puteranya itu.
Tak Rancang Nak Tunjuk
Haris atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail bagaimanapun berkata ramai orang sudah melihat wajah Abbas namun dia dan isterinya belum ada perancangan lagi untuk menayangkannya.
“Nanti macam mana pun, kita akan hantar dia dekat sekolah… lagipun ramai orang dah tengok dia (wajah) sebenarnya. Cuma kita tak ada la nak tonjolkan.
“Tapi kalau nak tengok, saya rasa akan ternampak juga,” kata Haris kepada Gempak ketika ditemui di pembukaan kedai pertama Nunha Store di MyTown Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.
ARTIKEL BERKAITAN: “Bagi saya, Jangan Matikan Asatizah Yang Baik Di Malaysia” - PU Riz
ARTIKEL BERKAITAN: Isu Guna Gambar Berunsur Lucah Untuk Promosi Produk, Neelofa Mahu Letakkan ‘Fullstop’ - “Saya Rasa Lebih Baik Kita…”
Dalam pada itu, Neelofa mengakui dia sangat selesa dan lebih gemar wajah anak-anaknya iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas tidak ditunjukkan di media sosial.
“Saya rasa lebih selesa tak tunjuk… I like it! Macam Bilal orang dah tengok, tapi saya masih blur kan wajahnya. I think I like that,” kata Neelofa pula.
Seronok Luang Masa Bersama
Berkongsi mengenai perkembangan Abbas yang kini sudah berusia setahun, Haris memberitahu dia dan isterinya kini sedang menikmati masa bersama anak-anak.
“Cepat masa berlalu… Abbas pun dah setahun umurnya. Secara tak langsung, apa yang kami dapat menjadi seorang bapa dan ibu, menjaga anak ini bukan sekadar hantar anak pergi sekolah, hantar mengaji… tidak.
“Ada banyak benda lain yang kena ketahui. Sebagai contoh, milestones anak… apa yang anak boleh buat, kita belajar lebih banyak tentang kehidupan anak-anak kecil la.
“Saya rasa ibu bapa di luar sana pun akan tahu dan suka bila kita luangkan masa dan melihat tumbesaran anak,” kata Haris lagi.
Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021 dan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki.