Hiburan

Netizen Gigih Siasat, Dakwa Bella Astillah, Syed Saddiq Miliki Keychain Sama - “Couple Keychain Ke?”

Umirah Halim
06/02/2025
09:55 MYT
Sponsor Banner
Netizen Gigih Siasat, Dakwa Bella Astillah, Syed Saddiq Miliki Keychain Sama - “Couple Keychain Ke?”
Hubungan mesra antara ahli politik Syed Saddiq dan selebriti, Bella Astillah sering kali menjadi tumpuan netizen.

Netizen dakwa ada keychain sama

Walaupun tiada sebarang kenyataan status sebenar mereka, seorang pengguna di TikTok berkongsi satu perkara yang seakan-akan ‘mengesahkan’ hubungan cinta yang berlaku di antara Syed dan Bella.
Menerusi video singkat yang dimuat naik, dapat dilihat beberapa foto mempamerkan bekas isteri kepada Aliff Aziz itu memakai ‘keychain’ yang sama dengan Syed.
@em.methmpsn Couple keychains ke? 😜🤭#BellaAstillah #SyedSaddiq #BellaSyed #Capcut #fypmalaysia ♬ original sound - emthmpsn
“Couple keychains ke?” tulis pengguna itu di ruangan kapsyen.
Beralih ke ruangan komen, rata-rata menzahirkan rasa kagum dengan pemerhatian terperinci yang dilakukan oleh pengguna itu.
“Parah ni, sampai keychain pun boleh detect.
“Dah macam dispatch artis Korea punya vibe dah paparazitizen kita.
“Perghh dah selevel paparazzi Hollywood.
Dalam pada itu, tidak kurang juga ada yang berharap agar kedua personaliti menjalinkan hubungan sehingga ke jenjang pelamin.
“Harap jadi, penat doakan untuk mereka, maklumlah excited!
“Lepas raya kahwin.
“Semoga ada jodoh YB & Bella, amin," komen beberapa netizen.
Sekadar info, Bella Astillah dan Syed Saddiq dilihat semakin rapat di mana kedua personaliti itu kerap melakukan konten media sosial bersama.
BERITA TRENDING: Tak Hisap Rokok,Dadah, Pergi Kelab Malam, Antara Ciri-Ciri Lelaki Idaman Bella Astillah – “Paling Penting Bukan Dalam Industri…”
BERITA TRENDING: Tular Video Syed Saddiq Kopekkan Udang Untuk Bella Astillah Buat Netizen Rasa ‘Annoying’, Ada Juga Yang Pertahan - “Diorang Pun Nak Bahagia”
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024