Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Netizen Puji Sikap Mulia Pak Cik Beri Baju & Makanan Kepada Gelandangan Kesejukan - “Moga Menjadi Asbab Mengajak Orang Lain…”

Asyikin Mayudin 02/07/2024 | 05:55 MYT

Tular video di TikTok memperlihatkan seorang pak cik membuka baju yang dipakai untuk diberikan kepada seorang gelandangan yang dalam keadaan kesejukan disebabkan terkena hujan.

Beri Baju & Makanan

Video yang dimuat naik akaun bernama Afhi Affandy itu mendapat pelbagai reaksi wargamaya yang rata-ratanya tersentuh dengan tindakan pak cik tersebut.

Menerusi perkongsian itu, pak cik tersebut yang dikenali sebagai Tuan Haji Wan Alamshah sanggup membuka jubah yang dipakai untuk diserahkan kepada seorang gelandangan di tepi jalan.

Bukan itu saja, selepas memberikan baju yang dipakai di bahagian dalam jubah tersebut, Tuan Haji Wan Alamshah turut membeli makanan untuk diberikan kepada gelandangan itu sebagai alas perut.

undefined

Kata Afhi, Tuan Hj Wan Alamshah kerap berpesan supaya sentiasa berlumba-lumba melakukan kebaikan termasuklah membuat orang lain tersenyum.

“Semoga Allah terima amal kebajikan Tuan Hj Wan Alamshah… MasyaAllah Tabarakallah. Hidup Hj Wan sentiasa melakukan amal kebajikan.

“Masih ingat kata-katanya dekat saya dulu, ‘tak mampu kita kenyangkan orang ,cukup dengan orang yang kita bantu senyum.’ Allahu… moga menjadi asbab mengajak orang lain dalam Fastabiqul Khairat berlumba-lumba melakukan kebaikan,” kongsinya.

Wargamaya turut menganggap sikap Tuan Haji Wan Alamshah memang selayaknya menjadi contoh tauladan kepada mereka kerana sentiasa berbuat baik kepada orang lain.

Mereka juga mendoakan agar Tuan Haji Wan Alamshah terus dimurahkan rezeki dan segala urusannya dipermudah memandangkan sikapnya yang begitu baik tanpa mengira pangkat ataupun kedudukan.

BERITA TRENDING: Pekerja Turkiye Enggan Isi Minyak Pesawat Israel

BERITA TRENDING: Pelanggan Geram, Owner Suruh Ganti Sofa Baru - “Sebab Patah Sampai Buat Laporan Polis! Bukan Saya Sengaja"

BERITA TRENDING: "Sampai Hati Kamu Bunuh Anak Ibu" - Rintihan Pilu Ibu Mangsa Bunuh Kes Tuntutan Fasakh
BERITA TRENDING: Ingatkan Datang Nak Bergaduh, Aney 'One By One' Sekali Lagi Buat Suspense Dalam Video Baru
#Gelandangan #Pak Cik #Pak cik beri baju #Tuan HJ Wan Alamshah
;