Viral
Ingatkan Datang Nak Bergaduh, Aney 'One By One' Sekali Lagi Buat Suspense Dalam Video Baru
Semakin mula dikenali akibat daripada penularan video pergaduhannya, lelaki berbangsa India yang terkenal dengan jolokan Aney 'one by one gentleman' kali ini tampil dalam satu posting terbaharu.
Datang Ajak Gaduh?
Menerusi entri tersebut, dapat dilihat lelaki berkenaan kembali ke premis kedai serbaneka sebelum ini dengan membawa sebilah parang seolah-olah mahu mencetuskan masalah di lokasi itu.Namun, apa yang menyentuh hati, lelaki itu rupa-rupanya mahu menjemput pemilik kedai berikut untuk menjamu sebiji durian bersamanya sebagai tanda perdamaian.
Menjengah ke ruangan balas hantaran, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur dengan konten yang dibuat.One by one gentleman pic.twitter.com/dzH3xQIkmV— Cikgu Joohari Ariffin (@CikguJoo) June 30, 2024
BERITA TRENDING:Berdamai... Lelaki Singlet Putih, Pemilik Kedai Runcit Berjabat Tangan
"Meow tak ikut sekali ke?""Hahaha mantap, dulu gaduh sekarang sudah kawan,"
"Terbaik punya konten!"
Tidak hanya terhenti disitu, ada juga yang memuji video berkenaan kerana sifat perpaduan yang ditunjukkan.
"Bagus lah dah berdamai. Kita semua suka happy ending story. Ambil yang baik, buang yang buruk,"
"A brilliant piece! Otak geliga siapa punya idea video ni,""Ini macam perpaduan demi negaraku tercinta."
Untuk info, sebelum ini tular satu video memaparkan dua lelaki sedang bergaduh di sebuah premis kedai serbaneka di Seberang Jaya, Pulau Pinang.
BERITA TRENDING:27 tahun Terpisah, Wanita Syukur Dapat Peluk Ibu Kandung - “Saya Diserahkan Kepada Keluarga Angkat Beragama Islam Ketika…”
Menerusi video tular berkenaan, awalnya kelihatan dua lelaki sedang berbalah dengan penjual di kedai berkenaan.BERITA TRENDING:Seram...Wanita Ini Kongsi Suami Tiba-Tiba Dirasuk Dalam Perjalanan Pergi Berubat
Perbalahan antara mereka kemudiannya berakhir dengan aksi tumbuk-menumbuk di antara penjual dan juga salah seorang daripada lelaki berkenaan.BERITA TRENDING:Aney Tular ‘Fight One By One’ Kini Sudah Jadi Influencer? Jom Baca Fakta Menarik Tentang Dirinya!
Kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.Must-Watch Video