Hiburan

Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”

Asyikin Mayudin
25/04/2024
11:55 MYT
Sponsor Banner
Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”
Kontroversi melibatkan selebriti Ruhainies dengan rumah tangga pasangan Bella Astilla dan Aliff Aziz kini sedang hangat diperkatakan di semua platfrom media sosial.

Samakan Ruhainies Dengan Watak Dalam Drama Korea

Malah menerusi platform X, rata-rata netizen menyamakan Ruhainies dengan karakter Jung Soo Min lakonan pelakon Korea Song Ha Yoon menerusi drama siri ‘Marry My Husband’.
Ia berikutan karakter Jung Soo Min mengkhianati Kang Ji Won (lakonan Park Min Young) dengan memikat suami kepada rakan baiknya sendiri.
Menerusi perkongsian status netizen, perangai Ruhainies sama seperti karakter itu yang kelihatan lembut namun diri sebenar tidak seperti yang dilihat.
“Anis, perangai Anis sebiji la macam dia ni. Depan orang lembut comel nampak baik saja tapi perangai Anis macam setan tau. Pure evil. Tapi eloklah berdua sama-sama berjodohan,” tulis netizen.
Ramai netizen menyokong kenyataan itu dan mengatakan hanya Anis (Ruhainies) itu sahaja bermasalah.
Terdahulu, wanita yang mendakwa dirinya kekasih kepada penyanyi, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine membuat satu lagi pendedahan berkenaan seorang individu lelaki dipercayai penyanyi rap, Caprice.
Sarah menerusi hantaran di IG Story miliknya mendedahkan bahawa individu berkenaan telah mengetahui terlebih dahulu mengenai hubungan cinta Aliff dan Ruhainies.
Tidak cukup dengan itu, Sarah juga turut memberikan gambaran seolah-olah perjuangan individu tersebut terhadap Palestine hanya demi konten semata-mata.
Sarah terlebih dahulu telah membuat pendedahan dengan berkongsi beberapa paparan skrin perbualan antara ‘NRF’ dipercayai aktres Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz.
Menerusi perbualan NRF itu juga, nama ‘Emma’ dan ‘Chacha’ juga dipetik mengutuk Bella dengan mengatakan hanya orang tidak bijak saja mempercayai kisah penyanyi dah pelakon itu.
Emma bagaimanapun menerusi video yang dikongsikan di Instagram mengakui kesilapannya bertanyakan kepada Ruhainies mengenai khabar angin melibatkan isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah.
Manakala Chacha juga memuat naik video memberi penjelasan mengenai tuduhan yang dilemparkan dan mendedahkan perbualannya dengan Ruhainies bertanyakan mengenai dakwaan dia mengutuk Bella.
Selain Emma dan Chacha, nama penyanyi rap Caprice juga terlibat menjadi orang tengah untuk mendamaikan keadaan antara mereka semua.

BERITA TRENDING: Sarah Yasmine Dakwa Ruhainies Hasut Aliff Robohkan Rumah Tangga? - “Lepas Ni Awak Free, Tak Ada Lagi Toxic”

BERITA TRENDING: Caprice Nasihat Aliff Aziz Serahkan Bukti 400 Foto, Video Kecurangan Bella Astillah Kepada Polis - "Ada Mangsa Lain Yang DM..."

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar