Netizen Sebak Lihat Anak Gendong Ayah Sakit Naik Ambulan Di Tanah Suci - “Calon Anak Syurga…”
Tular video di TikTok memperlihatkan seorang jemaah haji yang digendong oleh anaknya untuk dibawa naik ke dalam ambulan menarik perhatian wargamaya.
Pesakit Tak Boleh Berjalan
Video yang membuatkan hati wargamaya sebak itu dimuat naik pemilik akaun Dr Nazil yang juga doktor perubatan serta mutawwif.
“Calon anak syurga. Ada seorang pesakit yang tak boleh langsung berjalan. Semasa nak transfer pesakit ke ambulan, semua cuba angkat pesakit.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Papa Tak Balik, Ingat Siapa Kena Jaga…” - Pesanan Johan Untuk Anak Sebelum Berangkat Tunai Haji Buat Netizen Sebak
ARTIKEL BERKAITAN: Rockers Amy Search, Ella Bergelar Haji & Hajah, Bersyukur Dapat Tunai Rukun Islam Kelima
Pada perkongsian yang sama, Dr Nazil juga menganggap tindakan anak lelaki itu menjaga ibu bapa di Tanah Suci akan mendapat pahala yang besar.
“Allahurabbi... Syurga bagimu anak. Kesanggupan menjaga ibu bapa apatah lagi di tanah suci,” katanya lagi.
Rata-rata wargamaya turut meluahkan rasa sebak dan terharu melihat aksi anak beranak itu.
“Menangis tengok... semoga haji mabrur buatmu wahai anak.
“Allahuakbar. Berbakti pada orang tua di Tanah Suci pula tu. Semoga syurga buat semua.
“Allahuakbar… anak yang terpilih. Moga syurga buat kalian. Menyantuni syurga kalian. Menitik air mata. Teringat haji tahun lepas… Alhamdulillah,” komen beberapa wargamaya.
undefinedUntuk info, seramai 74 jemaah haji yang sedang dirawat di Pusat Rawatan Tabung Haji dan hospital di sini dibawa melakukan ibadah wukuf di Padang Arafah menerusi program Safari Wukuf pada Sabtu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata kesemua pesakit dibawa dengan menggunakan bas khas yang telah diubah suai tempat duduknya menjadi seperti katil, untuk membawa pesakit kritikal ke Padang Arafah sebentar bagi menunaikan rukun haji kedua itu.
Sementara itu, Mohd Na'im turut meninjau pelaksanaan Program Prihatin Tetamu Ar-Rahman (PENEMAN) di Arafah, yang melibatkan 50 jemaah haji dalam keadaan uzur kerana umur, kesihatan dan emosi, dan ditemani petugas yang terpilih menerusi inisiatif itu.