Terkini

Netizen Sejuk Hati Lihat Abby Abadi, Norman Hakim, Memey & Marissa Berkumpul Bersama

Gempak
10/04/2024
23:55 MYT
Sponsor Banner
Netizen Sejuk Hati Lihat Abby Abadi, Norman Hakim, Memey & Marissa Berkumpul Bersama
Isu perkahwinan ‘tidak dianggap’ Marissa Dania, iaitu anak kepada Abby Abadi dan Norman Hakim merupakan isu yang sering kali menjadi buah mulut netizen.
Dari kisah kahwin lari dengan Aslam sehinggalah Abby dan Norman yang ‘berkelahi’ di ruangan komen Instagram, kisah anak beranak ini sentiasa menuai perhatian dan juga kritikan.

Berkumpul

Sehinggalah Abby Abadi memuat naik sepotong video di Instagram yang memperlihatkan keluarga itu kembali berkumpul meraikan hari jadi anak angkatnya, Maira Darda.
Menerusi video itu juga, masing-masing dilihat sedang tersenyum, di samping terserlah keceriaan di wajah Marissa dan juga Norman.
Pada ruangan kapsyen, Abby meluahkan rasa bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarganya yang banyak membantu merealisasikan majlis tersebut.

Meriah

“Meriah ye dapat berkumpul meraikan Darda. Mula-mula nyanyi lagu birthday, Darda tak layan ye. Lepas tu pasang lagu raya De Fam ni (Darda tengah suka lagu ni sekarang) dengan harapan boleh bantu datangkan mood Darda. Huurmmm! Tidak ya! Sampai habis lagu, macam tulah Darda.
“Apa pun terima kasih Allah. Alhamdulillah untuk segala yang berlaku hari ini. Terima kasih Abah kerja kuat untuk anak-anak. Terima kasih anak 6 yang membahagiakan.
“Terima kasih Mummy @memeysuhaiza, Papa @normanhakim_786 dan anak-anak datang memeriahkan majlis. Terima kasih Along, Azrai seisi keluarga, banyak menolong hari ini. Terima kasih Aishah, Abang Fairuz dan anak-anak juga sudi datang makan hari ini. Terima kasih semualah,” tulis Abby.

Netizen sejuk hati

Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen yang ‘sejuk hati’ melihat interaksi Abby dan keluarganya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Norman Hakim Sambut Hari Lahir Anak Lelaki, Netizen Pula Persoal Mana Abby Abadi - “Mana Mak Kandung Dia?”

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya Tak Pernah Buang Dia Dari Hidup Saya" - Abby Abadi Harap Dapat Sambut Raya Bersama Marissa

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar