Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Video berdurasi 12 saat itu tular kerana kelakuan baik yang ditunjukkan oleh sekumpulan pelajar tersebut menyentuh hati orang ramai.
Menerusi video berkenaan, menunjukkan pemilik akaun iaitu Ilham Munirah dan rakannya mengadakan kejutan buat seorang pekerja mamak dengan menghadiahkan sepotong kek buat kerana telah melayan mereka secara baik.
BERITA TRENDING: Buka Gerai Makan Di Tengah Kubur, Netizen Seram: “Tengah Malam Mesti ‘Ramai’”
BERITA TRENDING: Lelaki Berpakaian Wanita ‘Kantoi‘ Curi Baju Dalam
Sementara itu, netizen turut meluahkan rasa terharu dan berkongsi pengalaman mereka bersama pekerja restoran mamak ketika masih belajar suatu ketika dahulu.
undefined
Antara komen yang diterima:
“Mesti dia suka kan orang hargai dia dah datang kerja jauh-jauh.
“Awak bukannya membuat mamak itu tersenyum sepanjang hari, tapi awak buat dia gembira sepanjang hayatnya. Mungkin ini kali pertama dia mendapat layanan yang baik dari pelanggannya.
“Dulu masa zaman belajar, saya selalu makan dekat satu kedai mamak ini sampai dia boleh hafal air yang saya selalu order, itu adalah perkara paling manis yang saya lalui. Orang yang hidup lama dengan kita pun masih tidak tahu air kegemaran kita sedangkan mamak yang saya baru pergi berapa bulan je dia dah hafal ??,” kata dari netizen.
BERITA TRENDING: Terlibat Kes Rasuah, Mantan Gabenor Check In Dengan Ramai Wanita: “Pakai Kod Rahsia…”
BERITA TRENDING: Tak Sampai 15 Saat, Kos Hukuman Gantung Di Malaysia Mahal - “Macam Tak Berbaloi…”
Sekadar info, video yang meraih perhatian itu telah mendapat tontonan sebanyak lebih dari 300,000 dan 53,000 tanda suka di aplikasi TikTok.