Laman Utama

Netizen Tuduh Beyonce Putihkan Kulit

Maliah Surip
30/11/2023
14:45 MYT
Sponsor Banner
Netizen Tuduh Beyonce Putihkan Kulit
Beyonce baru melancarkan filem miliknya, Renaissane. Di sebalik memperkatakan tentang karya tersebut, netizen lebih tertarik dengan penampilan penyanyi tersebut sewaktu hadir ke malam gala filem tersebut.

BERITA TRENDING: Wanita Curi Duit Pembedahan Anak Teman Lelaki Sebab Nak Beli Tiket Konsert Beyonce

Ramai netizen mendakwa kulit Beyonce kelihatan lebih cerah berbanding sebelumnya sehingga ada yang mendakwa isteri Jay Z tersebut telah melakukan proses memutihkan kulit dengan mengatakan ‘Beyonce kelihatan terlalu putih’.
Dakwaan tersebut muncul selepas Beyonce hadir ke malam gala tersebut dengan rambut berwarna perang dan memakai busan serba silver.

BERITA TRENDING: Nyaris Dedah Payudara Ketika Konsert Jelajah, Penari Latar Selamatkan Beyonce Daripada...

Berasa dakwaan tersebut sebagai tidak berasas, ibu Beyonce, Tina Knowles menulis panjang lebar di akaun Instagramnya.
Knowles melabelkan netizen yang mendakwa Beyonce ‘menukar’ warna kulit gelap kepada putih sebagai bodoh.
“Beyonce membikin filem yang dinamakan Renaissane dan tema untuk keseluruhan projek ini adalah warna silver.
“Rambut silver, karpet silver dan semua yang ada dibadannya juga bertemakan silver.
“Dan anda mengatakan dia cuba menjadi wanita kulit putih dengan memutihkan kulitnya?”tulis Knowles seperti dilaporkan BBC.
Sementara itu Beyonce tidak memberikan kenyataan terkait spekulasi tersebut sehingga kini.
Malah ada dalam kalangan pemerhati mengatakan warna kulit Beyonce kelihatan lebih cerah terutama dalam foto terkait dengan teknik editing dan warna.

PILIHAN PEMBACA: Beyonce, Jay Z Beli Mahligai Termahal Di California, Harga Cecah RM907 Juta!

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar