Umum mengetahui Beyonce merupakan penyanyi tersohor yang mempunyai jutaan peminat dari seluruh dunia.

Tidak keterlaluan dikatakan, kebanyakan peminat tegar Beyonce sanggup berbelanja ribuan ringgit semata-mata untuk melihat penyanyi itu secara dekat menerusi persembahan dan konsert jelajah.

Namun, lain pula ceritanya tentang peminat wanita yang mengakui sanggup mencuri duit teman lelakinya untuk membeli tiket Beyonce.

Lebih memburukkan keadaan, duit itu diperuntukkan untuk anak teman lelakinya bagi menampung kos pembedahan jantung.

Menerusi sepotong video yang viral di media sosial, lelaki tersebut kedengaran sangat kecewa dengan tindakan teman wanitanya memandangkan teman wanitanya itu tahu dia menyimpan wang bagi tujuan kesihatan anaknya.

Pada video sama, wanita itu kedengaran mempertahankan dirinya dan memberitahu yang dia sangat menginginkan tiket konsert berkenaan.

Disebabkan teman lelakinya tidak membelikan tiket berkenaan, dia bertindak untuk mencuri.

Sumber: Hip Hop Vibe

BACA: Kelly Rowland Menyesal ‘Pecah Lobang’ Jantina Anak Beyonce​