Hiburan
Nora Danish Nafi Dakwaan Bekas Suami Halang Berhijab - “Dia Tak Kisah Apa Yang Saya Inginkan, Puji Cantik”
Pelakon, Nora Danish menafikan dakwaan mengatakan bekas suaminya, Nedim Nazri tidak bersetuju dengan keputusannya untuk bertudung.
Nedim puji cantik
Sebaliknya kata Nora, bekas suaminya itu tidak kisah sekiranya dia membuat perkara yang sudah lama diinginkan seperti berhijab.
“Sebenarnya Nedim ni dia seorang yang tidak kisah kalau apa yang saya inginkan.
“Dalam diri setiap wanita mesti akan ada rasa ingin bertudung, cuma mungkin pada ketika itu masanya belum tiba.
“Tapi ngan ngam selepas bercerai itu Nedim masuk hospital dan sebagainya, masa itulah saya fikir bermulanya penghijrahan saya.
“Semasa dia masuk hospital, ketika itu saya belum beritahu dia dan keesokan harinya itu saya terus berhijab.
“Saya jumpa dia di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pada ketika itu saya sudah bertudung, dia cuma tengok sahaja dan kata oh cantik.
“Bukan sebab suami halang, bagi saya kalau kita nak berhijrah tu, kalau tak silap saya jika suami tak bagi pun kita boleh sahaja buat sebab ia ke arah kebaikan,” ujarnya.
Nora berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama rantaian Perang Nasi Dagang bertempat di Stor Teater (DBP), Kuala Lumpur pada Selasa.
BERITA TRENDING: Nora Danish Anggap Luahan Anju Rindukan Nedim Sebagai Sahabat - “Mereka Kawan Lama, Dah Macam Best Buddy"
BERITA TRENDING: Nora Danish Sebak, Kongsi Detik Penghijrahan - “Kadangkala Malu Dengan Diri Sendiri, Masih Tak Berubah Walau Sering Dengar Ceramah Agama”
BERITA TRENDING:Lalui Kehidupan Berbeza, Nora Danish Nafi Dakwaan Tinggal Serumah Dengan Bekas Suami - “Tak Mengapa Jika Lihat Dia Bersama Wanita Lain Kerana…”
Penerimaan anak dan juga rakan industri
“Rayqal dia diam sahaja, tak cakap apa-apa. Masa dekat asrama tu mungkin berita sudah dikeluarkan, mungkin dia juga tengok tapi dia tidak komen apa-apa, diam sahaja.
“Jadi saya tanya dia okay tak mommy pakai tudung ni dia kata okay.
“Alhamdulillah rakan-rakan industri juga semua memberikan respon yang sangat positif pada saya.
“Ada yang mesej, menangis dan ada juga yang sudah lama ingin melihat saya berhijrah, mereka memberikan kata-kata semangat buat saya,” kongsinya.
BERITA TRENDING:Masih Dalam Proses Iddah, Nora Danish Terkejut Ada Pihak Sebar Berita Palsu - “Bila Masa Saya Bagi Kenyataan Seperti Itu?”
BERITA TRENDING:Pilih Untuk Tutup Komen, Imej Nora Danish Berhijab Tarik Perhatian Netizen
Terdahulu, disebabkan Nora tampil berhijab selepas bercerai bersama Nedim, timbul dakwaan netizen yang mengatakan bekas suaminya itu tidak membenarkan pelakon cantik ini bertudung.
Untuk info, Nora dan Nedim sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada pada 19 Jun lalu.
Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga dengan Nedim pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl berusia enam tahun.
Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008.
Sementara itu, Nedim pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Nabilah Khan pada 2011 dan bercerai dua tahun kemudian. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata, Mohamed Nedrin, 12.