Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Nora Danish Sebak Baca Puisi Di Festival Sunnah, Netizen Tersentuh - “Benarlah Hidayah Itu Milik Allah, Semoga Kekal Istiqamah”

Mya Amri 07/10/2024 | 13:55 MYT
Pelakon, Nora Danish tidak dapat menahan sebak ketika membaca puisi bersempena dengan Festival Sunnah 2024 yang berlangsung baru-baru ini.

Menangis, tersentuh baca puisi
Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, jelas merakamkan momen Nora kelihatan sebak ketika mendeklamasikan bait-bait puisi yang menyentuh hati.
Menurut Nora, puisi yang dibaca itu merupakan antara bahagian yang menusuk jiwanya.

“Di antara bahagian puisi indah menusuk lubuk jiwa paling dalam dari sang pencinta, Ustazah @asnimansor,” coretnya.

Menerusi hantaran yang sama, Nora juga turut mengucapkan terima kasih kepada pelakon, Datin Sri Umie Aida dan Datuk Alha Alfa kerana sudi menjemputnya ke festival tersebut.

“Terima kasih Kak @umieaida dan Dato @alhaalfa di atas jemputan ini. Rasa diri belum cukup layak berada di atas pentas bersama wanita wanita hebat ini.

“Nora amatlah bersyukur kerana diberi peluang dan tidak akan lupa moment indah ini,” tulisnya.

Netizen doa semoga kekal istiqamah
Sementara itu diruangan komen, rata-rata netizen juga turut tersentuh dan sebak melihat Nora membaca puisi itu.
Malah mereka juga mendoakan agar Nora sentiasa kekal istiqamah dan sentiasa memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
“Ya Allah betul lah hidayah Allah siapa tahu. Semoga istiqamah sampai ke hujung. Allah melihat pengakhiran kita,” tulis seorang netizen.
“MasyaAllah Tabarakallah... Kalau Allah dah berkehendak, HidayahNya milik siapa sahaja yang dikehendakiNya. Jangan cuba menghina/mengutuk hambaNya yang nampak tak sempurna. Sampai masanya, mungkin dia akan lebih baik daripada yang menghinanya,” coret seorang netizen lagi.
Berikut merupakan video penuh Nora:

A post shared by نورا دانيش (@noradanish)

Terdahulu, Nora Danish menarik perhatian warga maya apabila tampil dengan imej berhijab di media sosial sekitar Jun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:Akui Sukar Istiqamah, Nora Danish Syukur Rakan-Rakan Banyak Bantu Proses Hijrah - “Kena Tanam Sifat Ingin Berubah Walaupun Belum Sampai Masanya”

ARTIKEL BERKAITAN:Masa Cecah Umur 40 Tahun, Nora Danish Mula Rasa Nak Berubah - “Dalam Hati Kata Tak Ada Take It Slow Dah”

ARTIKEL BERKAITAN:Nora Danish Nafi Dakwaan Bekas Suami Halang Berhijab - “Dia Tak Kisah Apa Yang Saya Inginkan, Puji Cantik”

ARTIKEL BERKAITAN:Nora Danish Sebak, Kongsi Detik Penghijrahan - “Kadangkala Malu Dengan Diri Sendiri, Masih Tak Berubah Walau Sering Dengar Ceramah Agama”

ARTIKEL BERKAITAN:Pilih Untuk Tutup Komen, Imej Nora Danish Berhijab Tarik Perhatian Netizen

#Nora Danish #Puisi #Istiqamah #Sebak #Festival Sunnah
;