Hiburan

Notis Kebankrapan Mahkamah Didakwa Tersebar, Che Ta Akui Tak Tahu Menahu - “Benda Tu Kalau Apa-Apa Kita Dapat Dulu, Bukan Orang Lain”

Izwan Isa
24/01/2024
08:59 MYT
Sponsor Banner
Notis Kebankrapan Mahkamah Didakwa Tersebar, Che Ta Akui Tak Tahu Menahu - “Benda Tu Kalau Apa-Apa Kita Dapat Dulu, Bukan Orang Lain”

Pelakon Rozita Che Wan mengakui tidak tahu menahu mengenai penyebaran notis kebankrapan yang didakwa dikeluarkan oleh mahkamah disebabkan kegagalan membayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Rozita berkata, segala urusan pembayaran cukai secara bulanan kepada LHDN diserahkan kepada ejen cukai yang dilantik.
“Siapa kata bankrap? Saya tak tahu pun? Saya memang bayar LHDN setiap bulan melalui ejen cukai saya. Ejen itu yang uruskan cukai saya dan syarikat.
“(Jumlah cukai) Memang banyak. Tapi bayarlah… Setiap bulan kami bayar,” katanya kepada Gempak ketika majlis pelancaran produk By RCW Glow Edition di Petaling Jaya pada Rabu.
Dalam masa sama, Rozita berkata, dia berasa sedikit terkejut kerana notis yang sepatutnya sampai kepada dirinya terlebih dahulu tersebar ke pengetahuan awam.
“Benda tu (notis) kalau apa-apa kita dapat dulu, bukan orang lain. Saya bukan lari, saya bayar bulan-bulan… sekitar RM50,000 untuk cukai saya. Syarikat punya lain.
“Saya bukan nak kata saya tak pernah ada masalah dengan LHDN. Kan saya pernah kena tahan di airport… Maybe surat lama… tak tahulah,” katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar