• Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Login
  • Login
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Guang, Sepet Antara Filem Ditayang Semula Di Festival Filem China-Malaysia
BERITA
Bekas Puteri Jepun, Mako, Selamat Lahirkan Anak Sulung
HIBURAN
Ikmal Amry Kongsi Cara Kekalkan Keharmonian Rumah Tangga - “ Jangan Bagi Ada Ruang Untuk Dia Fikir Bukan-Bukan”
  • TERMS
  • PRIVACY

Copyright © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

Nurul Shuhada Syukur Anak-Anak Seronok Tunai Umrah - "Doa Abang Umar Yang Mengusik Jiwa Ibu..."

Asyikin Mayudin
26/09/2023
05:55 MYT
Sponsor Banner
Nurul Shuhada Syukur Anak-Anak Seronok Tunai Umrah - "Doa Abang Umar Yang Mengusik Jiwa Ibu..."
Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada kini berada di Tanah Suci bersama dua orang anaknya iaitu Umar dan Humairah untuk menunaikan umrah.
Menerusi perkongsian di Instagram, Shuhada meluahkan rasa syukur dapat berada di sana selain terharu dengan doa yang dipinta oleh anak sulung lelakinya.
“BismillahiMasyaAllah, Alhamdulillah ya Allah, Umar dan Humairah seronok berdoa dekat rumah Allah, macam-macam doa keluar, salah satunya doa abang Umar yang mengusik jiwa ibu,” kongsinya.
Pada perkongsian yang sama, Shuhada turut berharap agar Allah dapat memakbulkan segala doa dan hajat dua orang cahaya matanya itu.
“Semoga Allah makbulkan doa-doa dan hajat Umar dan Humairah dan ibu. Wahai Allah yang Maha Baik, Kau Maha Mengetahui setiap sesuatu perkara, kami reda ya Allah dengan setiap takdir kami, hadiahkan kami bahagia dan ketenangan di dunia dan akhirat
“Psst: abang Umar kena gomol dengan makcik-makcik situ,” ujarnya.
Untuk rekod, Shuhada sah bercerai dengan Hafidz dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Julai lalu.
Kontroversi rumah tangga mereka mula timbul selepas Hafidz didakwa mempunyai hubungan sulit dengan wanita bernama Athira Yuhada yang merupakan bekas kekasih lamanya.
Shuhada berkahwin dengan Hafidz pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2. Shuhada pernah mengalami keguguran ketika usia kandungan sudah mencecah 14 minggu pada May lalu.
BACA SINI: Hafidz Roshdi Menyanyi Lagu ‘Cinta Tiga Segi’ Dengan Janna Nick, Komen Shuhada Pula ‘Win’!
Related Topics
#Hafidz Roshdi
#Nurul Shuhada
#Shuhada anak
#Shuhada umrah
Must-Watch Video