Viral
Olimpik Paris 2024: Tular Menembak Satu Tangan Masuk Poket, Yusuf Dikeç: “Itu Kerja Keras 24 Tahun”
Menjadi tular dan sensasi internet kerana aksi menembak dengan satu tangan masuk poket pada aksi 10 meter pistol udara Olimpik Paris 2024, penembak Turkiye, Yusuf Dikeç memberitahu ‘aksi santai’ yang dilihat hanya pada luaran.
Hakikatnya kata pemenang pingat perak acara tersebut yang juga tidak memakai sebarang kelengkapan seperti alat penutup telinga dan cermin mata khas untuk menembak, dia juga berasa gemuruh saat bertanding.
Kerja keras
“Itu (santai) adalah posisi saya yang paling selesa dan tubuh saya stabil.
“Walaupun saya nampak tenang di luar tapi dalaman sedang berperang,” katanya seperti dilaporkan agensi berita Turkey Anadolu.
ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Bawa Balik Gangsa Pertama Negara, Game Aaron-Wooi Yik Memang ‘Gila’
ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Misi Buru Emas Lee Zii Jia Terhenti, Tewas Kepada Kunlavut Vitidsarn
ARTIKEL BERKAITAN: "Anda Berdua Legenda" - Nicol David Titip Kata-Kata Semangat Buat Pearly-Thinaah
ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Sebagai Lelaki, Bapa Petinju Wanita Kontroversi Imane Khelif Beri Kenyataan
ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Imane Khelif Laung Allahu Akbar Selepas Layak Ke Separuh Akhir – “Saya Seorang Wanita Dan Akan Kekal Sebagai Wanita”
Dikec, 51, mengaku bukan sengaja mahu mencipta sensasi sehingga menjadi tular dengan aksi bersahaja yang disifatkan seperti seorang ‘pembunuh upahan’.
“Saya tidak sangka telah mencipta sensasi. Saya hanya berada di posisi dan menembak,” katanya lagi.
Di sebalik kejayaan tersebut, Dikeç memberitahu ia tidak terjadi sekelip mata.
Pernah menjawat jawatan sarjan di Turkish Army dan menyertai Sukan Olimpik Musim Panas sejak 2008, Dikec memberitahu semua yang diperoleh hari ini adalah hasil kerja keras dan usaha yang dilakukannya.
“Orang mengatakan mudahnya saya memenangi pingat dengan tangan satu di dalam poket.
“Itu apa yang orang lihat di luar. Tapi di sebalik pingat yang diperoleh ia adalah kerja keras selama 24 tahun.
“Saya berlatih empat hingga lima jam sehari dan enam hari seminggu,” dedahnya.
Setelah memenangi perak, dia berazam untuk membawa pulang pingat emas pada temasya Olimpik akan datang.