Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

“Orang Lain Ambil Datuk Dekat Istana, Kami Di Hospital” - Anak Selamat Bersalin, Netizen Terhibur Dengan Sharifah Shahirah, Siap Pakai Selempang Kuning

Mya Amri 20/12/2024 | 14:28 MYT

Pelakon, Sharifah Shahirah memaklumkan anak sulungnya, Tallisya selamat melahirkan cahaya mata pada Jumaat.

Bahagia jadi datuk dan nenek

Berita gembira itu dikongsi Shahirah atau lebih mesra dengan panggilan Shiera menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya

Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah cara Shiera menulis kapsyen untuk mengumumkan berita tersebut.

Paling comel apabila Shiera yang bersama suaminya iaitu Ijoy Azari berpakaian seperti penerima anugerah gelaran Datuk di istana lengkap dengan berselempang kuning.

“Giliran kami pula dapat Datuk di hospital, Kuantan Pahang. Tahniah Datuk @ejoyazari, selempang dah sama dengan jalan raya.

“Ha Allah bagi rezeki Datuk, ambil, siapa suruh kahwin dengan aku, dah dapat Datuk. Orang lain ambil Datuk dekat istana kami di hospital, steady,” tulisnya.

Netizen terhibur kapsyen Shiera

Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen menyatakan rasa terhibur dengan kapsyen Shiera selain mengucapkan tahniah kepada mereka sekeluarga.

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy)

Terdahulu, Tallisya, 26, merupakan anak hasil perkahwinannya bersama bekas suami iaitu Jatt Black Dog Bone.

Shiera kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Ijoy pada tahun 2003 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Airel, 20, Airra, 17, Audra, 15 dan Adeena, 8.

ARTIKEL BERKAITAN:Pernah Beri Bantuan, Sharifah Shahirah Syukur Aman Graseka Kini Berniaga Jellyball - “Saya Dah Block La Sebab Tak Nak…”

ARTIKEL BERKAITAN:Oddah Luah Hasrat Nak Jadi Artis, Sharifah Shahirah Tak Halang… Siap Bagi Pesanan - “Kau Kena Kuat, Orang Akan…”

ARTIKEL BERKAITAN:Dakwa Aman Graseka Padam Mesej Lepas Minta Bantuan, Sharifah Shahirah Halalkan Segala Sumbangan- “Selepas Ini Tiada Lagi…”

ARTIKEL BERKAITAN:Oddah Akhirnya Bertemu Siti Nurhaliza Selepas 14 Tahun - “Nak Jumpa Mummy Siti Sepatutnya Pakai Tudung”

ARTIKEL BERKAITAN:Anak ‘Tipu’ Kata Lambat Sebab Bas Rosak, Rupanya Kemalangan! Sharifah Shahirah; “Mengucap Panjang Saya…”

#Bersalin #Sharifah Shahirah #Shiera #Tallisya
;