Laman Utama

Padam Dan Pergi, Lagu Imran Ajmain Tentang Hubungan Kompleks Tak Kena Haluan

Amri Hassan
19/12/2023
13:56 MYT
Sponsor Banner
Padam Dan Pergi, Lagu Imran Ajmain Tentang Hubungan Kompleks Tak Kena Haluan
Lima tahun menanti detik terbaik, penyanyi kelahiran Singapura, Imran Ajmain akhirnya tampil dengan karya baharu, Padam Dan Pergi yang memberi nuansa baharu daripada naskhah seni muziknya sebelum ini.

BERITA TRENDING: [VIDEO] Netizen Hanya Tahu Lagu Hit ‘Seribu Tahun’, Imran Ajmain Katanya Sentap?

Berkolaborasi dengan komposer muda, Ahmadul Amin, Imran berkata, pemisahan gaya muzik menerusi Padam Dan Pergi adalah usahanya untuk meneroka sekali gus mencipta perjalanan seni yang berbeza berbanding sebelumnya.
“Padam Dan Pergi adalah pemisahan daripada gaya biasa saya. Lagu ini mencerminkan perkembangan peribadi dan muzikal bagi saya, meneroka stail baru dalam bunyi dan penceritaan.
“Saya terdetik nak lancarkan lagu ini setelah setahun memanggung di acara-acara indie apabila penontonnya semua hafal dan nyanyikan apa jua lagu yang dipersembahkan atas pentas bersama-sama penyanyinya. Ini untuk mereka semua,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Pernah Ditawar Masuk GV, Imran Ajmain Rasa Tidak Layak - “Saya Tidak Biasa Dunia…

Tambah mengujakan, pelancaran lagu baharunya ini selaras dengan perancangan konsert mini keduanya di Singapura pada 12 Januari depan dan juga persembahan berskala sama di Kuala Lumpur tahun hadapan.
“Penerbitan single ini diselaraskan secara strategik dengan konsert mini Malam Seribu Tahun Imran Ajmain yang akan datang di Singapura pada 12 Januari 2024. Konsert tersebut juga diusahakan nanti untuk penggemar di Kuala Lumpur.
“Saya akan mempersembahkan lagu baharu ini sebagai sorotan malam konsert, menawarkan penggemar pengalaman secara langsung bunyi baru ini yang melambangkan pemisahan daripada balada lembut mendayu-dayu yang sinonim dengan saya,” ujarnya.

Padam Dan Pergi

Bercerita tentang lirik Padam Dan Pergi, Imran berkata, lagu tersebut merungkai hubungan kompleks yang tidak kena haluan, dengan lirik ringkas yang menyentuh, menggambarkan dia sebagai seorang kekasih yang rentan mencari babak baru dalam hidupnya.
“Kolaborasi dengan komposer muda berbakat seperti Ahmadul Amin ini menandakan pemisahan yang ketara daripada karya terdahulu saya dengan persembahan muzik bunyi fast-tempo pop rock yang dipacu oleh gitar elektrik.
“Saya mahu mengajak pendengar bersama dalam perjalanan mengenal pahit manis cinta, menghapuskan masa lalu dan merangkul janji masa depan yang lebih cerah. Gitar elektrik mengambil peranan utama, menambah dimensi segar kepada repertoire muzikal saya.
"Padam Dan Pergi merupakan pengakuan pertumbuhan dan sumpah janji seniman untuk memajukan seninya,” kongsi penyanyi Seribu Tahun itu.

PILIHAN PEMBACA: Imran Ajmain Nak Rekod Lagu Seribu Tahun Versi Bahasa Inggeris?

Untuk info, Konsert Malam Seribu Tahun Imran Ajmain adalah pertunjukan pertama dalam siri persembahan artis dan band Malaysia, Singapura, Indonesia yang dipanggil Satu Malam Di Singapura.
Siri konsert tersebut dianjurkan oleh Elmi Elmo dan Hashtag Media (Malaysia) bekerjasama dengan Gumbira dan A’Art (Singapura) di Victoria Theatre, Singapura.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar