Laman Utama

Pak Atan Jadi Duta? Didi & Friends Muncul Lagu Baru Berjudul Buatlah Sesuatu!

Hanafis Haris
15/08/2021
18:22 MYT
Sponsor Banner
Pak Atan Jadi Duta? Didi & Friends Muncul Lagu Baru Berjudul Buatlah Sesuatu!

Animasi Didi & Friends tampil membuat kejutan dengan melancarkan sebuah lagu baru berjudul ‘What Would You Do’ atau ‘Buatlah Sesuatu’ dalam versi Bahasa Malaysia.

Menariknya tentang lagu baru ini, ia dicipta khas bersempena dengan sambutan Hari Orang-utan Antarabangsa pada 19 Ogos, 2021.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Digital Durian, Hairulfaizalizwan Ahmad Sofian, lagu tersebut merupakan kolaborasi istimewa bersama WWF-Malaysia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai pemuliharaan alam sekitar.

“Sebelum ini pada tahun 2020, Didi & Friends buat julung kalinya melancarkan sebuah lagu berkaitan dengan pemuliharaan alam sekitar yang berjudul ‘Even I Know That’ bersama dengan ‘Takkan Tak Tahu’.

“Kedua-dua lagu itu telah menyaksikan penerimaan menggalakkan dan ditonton ramai rakyat Malaysia dengan rekod jumlah tontonan sebanyak 14 juta di saluran YouTube Didi & Friends,” katanya.

Jelasnya, mengulangi formula kejayaan dan misi sama, besar harapan untuk pihaknya mendidik dan mendorong kanak-kanak menerusi lagu ‘What Would You Do’.

“Harapan untuk kanak-kanak ini turut sama menyedari akan hakikat ‘rumah’ kita ini turut merupakan ‘rumah’ kepada hidupan liar indah lain seperti orang-utan dan haiwan yang berasal dari hutan hujan di Malaysia dan Indonesia.

“Kanak-kanak perlu diberikan pendidikan awal untuk sama-sama bergandingan memelihara haiwan-haiwan yang hampir pupus dan kita tidak boleh memusnahkan habitat sedia ada mereka.

“Lagu ini turut didatangkan dalam Bahasa Malaysia, ‘Buatlah Sesuatu’ dengan objektif utama untuk menyeru peminat-peminat Didi & Friends khususnya turut sama membantu memelihara orang-utan.

“Kami akan menggunakan watak animasi kami, Pak Atan sebagai duta untuk mendidik peminat-peminat cilik kami mengenai kempen ini.” katanya.

Untuk makluman, muzik video ini akan menceritakan kisah orang-utan cuba menyelamatkan diri masing-masing dari hutan yang didiami mereka dengan latar dramatik memperlihatkan jentolak dan kenderaan pengorek menghancurkan ‘rumah’ serta memusnahkan pokok-pokok di sekelilingnya.

Walaupun orang-utan diancam oleh kemusnahan dan pemecah-belahan habitat, WWF-Malaysia teruja untuk memaklumkan jumlah keseluruhan orang-utan di Malaysia kini adalah stabil.

Ini semua hasil kerjasama dan sokongan rakan-rakan strategik dan mereka yang berkaitan,

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024