Viral
Pakaian Rasmi Kontinjen Paralimpik Malaysia Ke Paris 2024 Dilancarkan! Netizen Bagi Reaksi Positif – “Baju Cantik!"
Berbaki lima puluh hari lagi menjelang temasya sukan Paralimpik Paris 2024, Malaysia hari ini telah melancarkan pakaian rasmi kontinjen Paralimpik ke temasya sukan penuh gemilang itu.
Majlis Paralimpik Malaysia (PCM) tampil dengan pakaian rasmi kontinjen Paralimpik negara dengan rekaan baju yang berbeza dengan kontinjen Olimpik.
Menerusi sebuah perkongsian di platform X, kontinjen Paralimpik negara mengenakan pakaian rasmi berwarna putih dan jalur bermotifkan belang pelbagai warna.
Rekaan pakaian rasmi kontinjen Paralimpik negara itu mempunyai warna putih, merah, biru dan kuning seperti warna jalur gemilang.Amacam onz x onz pakaian rasmi kontinjen Para negara ke Paris.Sasaran Sukan Paralimpik, 4 pingat emas.@ASTROARENA pic.twitter.com/RTmGA0o3km— karlnunis (@_karlnunis) July 9, 2024
Tampil dengan imej lebih segar, rekaan pakaian rasmi pada edisi kali ini ternyata mendapat reaksi positif orang ramai.
“Baju cantik! Mesti lah nanti ada pingat emas kan dipungut,” tulis seorang warganet.
“Nampak baju ni lebih sejuk berbanding...” komen netizen.
“Baju paralimpik lagi lawa dari baju olimpik,” ciap netizen lain.
Terdahulu, orang ramai meluahkan rasa ketidakpuasan hati apabila rekaan pakaian rasmi kontinjen Olimpik negara dikatakan sedikit terbelakang dan tidak semegah berbanding temasya sebelum ini.??? ???? ?? ????!Fresh from the oven, we're excited to unveil our Official Leisure Outfit for the Paris 2024 Paralympic Games.Get ready to stand out and show your support in style! pic.twitter.com/gl8sYvcPYT— Paralympic Council Malaysia (@NPCMalaysia) July 9, 2024
Untuk info, Sukan Paralimpik dijadual berlangsung dari 28 Ogos hingga 8 September 2024.
Majlis Paralimpik Malaysia juga menaruh harapan penuh apabila menyasarkan empat pingat emas.
BERITA TRENDING: Kontinjen Malaysia Bakal Sarung Rekaan Rizman Ruzaini Di Pembukaan Olimpik Paris 2024
BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: MOM Pilih Rekaan Baharu Pakaian Kontinjen, Tampilkan Corak Belang Harimau Lebih Garang
BERITA TRENDING: Diberi Penghormatan Sebagai Pembawa Jalur Gemilang Di Olimpik Paris 2024, Ini Perkara Menarik Tentang Bertrand & Nur Shazrin
BERITA TRENDING: Teruk Dikritik, Pakaian Kontinjen Diperkenalkan Tak Akan Digunakan Untuk Perbarisan Olimpik
Must-Watch Video