Viral

Pasangan Kekasih M*ut Makan 9 Jenis Dadah Termasuk Pil Anxiety Di Bangkok

Maliah Surip
18/12/2024
13:00 MYT
Sponsor Banner
Pasangan Kekasih M*ut Makan 9 Jenis Dadah Termasuk Pil Anxiety Di Bangkok
Pasangan kekasih yang bercuti di Bangkok, Thailand menemui ajal selepas dipercayai memakan campuran sembilan jenis dadah yang dibeli di jalanan.

BERITA TRENDING: 124 Lelaki Berseluar Dalam Ditahan Di Bilik Hotel!

Rebecca Turner, 36, dan kekasihnya, Sam ditemui maut di dalam bilik sebuah hotel di Bangkok oleh rakan yang mencari mereka selepas pasangan tersebut ‘tidak muncul’.

BERITA TRENDING: Gara-Gara Bedak Talkum Disangka Dadah, Pemuda Dipenjara 21 Hari

Menerusi fakta kes, Turner ditemui mati di atas lantai sementara Sam yang merupakan warganegara British terbaring di katil pada 15 Mac lalu.
Ibu wanita tersebut, Anita Turner, 64, mendakwa anaknya maut selepas mengambil sembilan jenis dadah yang disangka sebagai kokain, lapor Daily Mail.
Kesemua sembilan jenis dadah yang bercampur antaranya merupakan ubat tidur, ubat tahan sakit dan pil untuk pesakit Anxiety, lapor media sama seperti dinyatakan pihak berkuasa tempatan.
“Untuk bangun setiap pagi dan berdepan dengan kehilangan bukan hal yang baik.
“Kita juga berdepan dengan masalah besar terhadap penyalah gunaan dadah. Adalah tidak berbaloi untuk merisikokan nyawa kerana dadah,” katanya Anita.

BERITA TRENDING: Wajah Penyanyi, Identiti 5 Rakyat Malaysia Miliki 6,000 Pil Kuda Didedahkan Media Thailand

Turner dan Sam diketahui bercuti ke Thailand selepas menghadiri perkahwinan sahabat mereka di Laos. Turner juga telah tinggal di Laos yang disifatkan sebagai rumah keduanya selama empat tahun.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024