Hiburan

Pegang Watak Isteri Kedua, Sharifah Husna Akui Tak Boleh Terima Poligami - “Tapi Kalau Minta Izin Dengan Baik Insya-Allah Kekal”

Khairil Khusyairi
26/12/2024
07:50 MYT
Sponsor Banner
Pegang Watak Isteri Kedua, Sharifah Husna Akui Tak Boleh Terima Poligami - “Tapi Kalau Minta Izin Dengan Baik Insya-Allah Kekal”
Pelakon Sharifah Husna mengakui dia tidak mampu untuk menerima poligami dalam rumah tangga malah enggan membincangkan perkara tersebut bersama suami.

Tak Terima Poligami

Menurut Sharifah atau nama sebenarnya, Sharifah Husna Syed Feizal, 31, dia juga mengingatkan para suami agar tidak menyembunyikan perkara tersebut (poligami) tanpa pengetahuan isteri.

"Pendapat saya masih sama, saya tidak mampu untuk berpoligami. Tapi, saya akui ada wanita yang kuat di luar sana dan boleh untuk hidup berpoligami.

"Cuma, lelaki yang mahu poligami ini janganlah melakukannya secara sembunyi terhadap isteri sebab rumah tangga tak akan kekal. Itu yang saya nampak.

"Namun, kalau seseorang itu minta izin (dengan isteri pertama) dan masuk ke dalam sebuah keluarga dengan cara yang baik, Insya-Allah rumah tangga dibina kekal.

"Bagaimanapun, saya akui tidak mahu memberi ruang untuk topik ini (poligami) dibincangkan dalam rumah bersama suami," katanya.
Sharifah Husna ditemui pada sidang media drama lakonannya iaitu Berbahagi Suami di ibu kota baru-baru ini.

Wanita Harus Berdikari

Dalam pada itu, Sharifah Husna turut bersimpati dengan nasib wanita terutamanya isteri yang berdepan isu keganasan rumah tangga.
Husna yang memegang watak Aishah sebagai isteri kedua itu memberi pesanan agar setiap wanita harus berdikari tanpa berharap pada orang lain.

"Sebak juga apabila melihat ujian yang menimpa segelintir wanita berkahwin dengan isu keganasan rumah tangga ini. Saya rasa sangat sedih.

"Pada saya, sebagai wanita harus berdikari agar tidak terlalu bergantung kepada orang lain. Selain itu, kena ada pendidikan dan sistem sokongan yang kuat daripada keluarga.

"Ini kerana, saya dapati wanita dalam kelompok ini (berkerjaya) jarang terbabit dalam hal keganasan rumah tangga," katanya.

Untuk info, drama Berbahagi Suami yang menampilkan pelakon seperti Amar Baharin, Siti Elizad, Sharifah Husna, Amy Mastura dan ramai lagi tu kini ditayangkan di Astro Prima jam 6 petang, setiap Isnin hingga Jumaat.
Drama 65 episod terbitan Radius One ini merupakan hasil sentuhan pengarah Uchee Fukada yang telah berjaya mengarahkan judul drama seperti 'Malang S Puteri' (2024) dan juga 'Dendam Seorang Isteri' (2022).

ARTIKEL BERKAITAN: “Wanita Kena Belajar Rasa Suami Itu Bukan Kita Yang Punya” – Amy Mastura

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam Asiah Abd Jalil Bongkar Perkahwinan Lelaki Digelar Ikon ‘Poligami Harmoni’ Tak Dapat Restu Keluarga Isteri-Isteri – “Isteri Kedua Pernah Dipukul…”

ARTIKEL BERKAITAN: Fedi Nuril Pegang Watak Poligami Lagi, Peminat Harap Tak Jadi Dalam Dunia Nyata - “Satu Isteri Sudah Sangat Cukup”

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Tak Tenang Aslam Buat Live Bersama Umisya, Empunya Badan Respons: “Korang Jangan Gaduh, Aslam Ada Giliran Dia”

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024