Hiburan
Pelakon Gali Kubur, Curiga Anak 6 Tahun Maut Lemas Di Kolam Renang Awam
Anak pelakon Tamara Tyasmara, Raden Khalif Andante Pramuditya atau mesra dipanggil Dante diketahui maut selepas lemas di sebuah kolam renang awam pada 27 Januari 2024 lalu.
BERITA TRENDING: Influencer Bunuh Anak, Sorok Mayat Dalam Almari
Sejak berita Dante yang baru berusia enam tahun meninggal dunia tersebar, kisah kematiannya terus menjadi sorotan.
Hal ini termasuklah apabila jenazah kanak-kanak yang sudah selamat dikebumikan itu digali semula untuk tujuan autopsi atau bedah siasat demi mengetahui punca sebenar kematian Dante.
Tamara sendiri memberi izin kepada pihak berkuasa untuk menggali kubur anaknya dan mengaku dirinya juga ingin tahu adalah kematian anaknya mempunyai unsur lain seperti jenayah.
Tamara, 29, mendakwa Dante sudah cukup mahir berenang dan curiga jika boleh lemas.
Kubur Dante yang terletak di TPU Jeruk Purut, Jakarta Selatan telah digali pada 6 Februari.
Terdahulu, Dante telah pergi ke kolam renang awam di kawasan Pondok Kelapa, Jakarta Timur dengan ditemani seorang individu sementara pelakon tersebut menjalani penggambaran di lokasi berhampiran.
Malangnya Tamara yang datang ke kolam renang tersebut menemui anaknya sedang diselamatkan oleh seorang doktor yang kebetulan berada di tempat kejadian selepas didapati lemas.
Anak lelaki hasil perkahwinan dengan mantan suami, Angger Dimas itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke rumah sakit berhampiran.