Hiburan
Pelakon Veteran Dedah Gembira 17 Tahun Jadi Perempuan Simpanan: “Dia Bagi Elaun”
Jika menyebut nama pelakon wanita ini pasti ramai yang tidak kenal. Sementelah dia bukan bintang yang terlalu terkenal atau dari Malaysia.
Namanya Tian Wa dan kini berusia 72 tahun. Namun Tian Wa menyita perhatian selepas mengaku telah menjadi perempuan simpanan selama 17 tahun dan gembira dengan hubungan terlarang itu.
Dia membuat pengakuan tersebut selepas muncul dengan filem terbarunya, Zhao Dao Chu Nu (Finding Virginity) yang disifatkan banyak persamaan dengan kisah hidupnya.
Menurut Tian Wa, dia telah menjadi perempuan simpanan seorang pengusaha kaya selepas bercerai. Lelaki itu berjanji menolong dia membeli rumah sebelum mereka akhirnya menjadi ‘kekasih gelap’ selama 17 tahun.
Kekasih gelapnya akan memberikan dia elaun bulanan dan membahagiakan hidupnya. Lebih mengejutkan, isteri lelaki tersebut mengetahui hubungan terlaran mereka.
“Dia sayangkan keluarganya dan tidak mahu mungkir janji. Jadi bila dia di rumah, dia milik keluarga.
“Bila di luar, dia milik saya. Saya terima dengan baik. Malah orang mengatakan saya perempuan simpanan tapi itulah waktu gembira dan terbaik untuk saya. Menjadi perempuan simpanan,” ujar Tian Wa sewaktu temu bual bersama TVBS, lapor Todayonline.