Hiburan
Pelakon Yati Surachman Murtad, Masuk Kristian Lepas Tengok Pokok
Pelakon senior Yati Surachman mempunyai cerita tersendiri tentang keputusan keluar daripada agama Islam.
BERITA TRENDING: "Kafir Itu Itu Tuduhan Kasar, Saya Masih Amalkan Agama Islam" - Fatiya Latiff
Walaupun dibesarkan dan dididik untuk menjadi taat terhadap agama Islam, Yati tetap nekad untuk murtad. Dia memilih untuk menganut agama Kristian.BERITA TRENDING: Murtad Pada 2019, Anwar Hadid Kembali Peluk Islam Bersyukur Dapat Tunai Umrah
Menerusi temubual di tayangan YouTube Miracle of Life yang dibuat pada tahun 2022, pelakon senior itu mendedahkan keputusan dirinya ‘pindah agama’.
Bintang Janji Darah itu mengatakan dia mahu menganut agama Kristian selepas terpesona melihat pokok Krismas. Lalu meski mendapat tentangan daripada keluarga, Yati menganut Kristian pada usia belasan tahun.
"Perjalanan hidup, dari 12 tahun sangat sederhana. Lepas hanya melihat pohon Krismas saya rasa itu indah," kata Yati seperti dilaporkan Insertlive.
BERITA TRENDING: Rizky Febian Didakwa Murtad Gara-Gara Ikut Sambut Perayaan Nyepi
Menurut Yati dia kemudian mula rajin mengikut jirannya ke gereja dan dibaptis tanpa pengetahuan keluarga.
“Saya pergi ke geraja tanpa pengetahuan keluarga. Saya juga rahsiakan telah masuk Kristian sampai habis belajar dan sudah jadi pelakon,” katanya lagi.
Keluarganya kecewa selepas mengetahui keputusan yang dibuat. Malah suami pelakon itu juga meninggalkan dia kerana sering dituduh keluarganya menjadi penyebab Yati murtad.
Namun pelakon yang berusia 67 tahun itu nekad dan tetap pendirian menjadi penganut Kristian sehingga kini.