Model terkenal Anwar Hadid mengumumkan kembali ke agama asal iaitu Islam dengan berkongsi beberapa keping foto dirinya mengerjakan umrah.

BERITA TRENDING: Rizky Febian Didakwa Murtad Gara-Gara Ikut Sambut Perayaan Nyepi

Anwar, 24, malah menyifatkan ibadat umrah yang ditunaikan pada bulan Ramadan ini sebagai yang terbaik pernah terjadi dalam hidupnya.

“Menunaikan umrah bersama sahabat terbaik. Akan dalam jagaan Allah. Selama-lamanya bersyukur dengan kesempatan ini. Sekarang sudah menuju pulang,” tulis Anwar pada kapsyen di Instagramnya.

Antara foto yang dikongsikan kekasih Dua Lipa ini adalah selfie dirinya melakukan saie dan bergambar kenangan bersama rakan-rakan di hadapan Masjildil Haram.

Adik kepada Bella dan Gigi Hadid ini sempat murtad pada 2019. Menerusi foto yang tersebar di internet, Anwar dilihat dibaptis sebagai penganut Kristan.

BERITA TRENDING: Penyanyi Kembali Peluk Islam Selepas 13 Tahun Murtad - "Hati Saya Tak Tenteram, Kalau Meninggal Dunia Nanti ..."

Media antarabangsa melaporkan Anwar menyifatkan pilihan keluar Islam dan menjadi penganut Kristian kerana dia terbiasa membesar dalam kalangan orang yang memegang pelbagai agama.

PILIHAN PEMBACA: "Aku Nak Rejam Dia Sekarang" - Isu Sajat Nak Murtad, Ada Yang Kata Nak Bunuh & Minta Boikot Produk