Gaya Hidup

Pelitup Muka Jenis Fabrik Masih Boleh Dipakai Kecuali...

Azwa Rahman
27/07/2020
05:15 MYT
Sponsor Banner
Pelitup Muka Jenis Fabrik Masih Boleh Dipakai Kecuali...
Kerajaan masih membenarkan pemakaian pelitup muka jenis fabrik 'fancy' yang kini menjadi antara pilihan orang ramai susulan keputusan kerajaan mewajibkan pemakaiannya bermula 1 Ogos ini.
Memetik laporan Harian Metro, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) bagaimanapun akan mengumumkan perincian spesifikasi dan jenis yang boleh dipakai, selain garis panduan pemakaiannya serta cara pelupusan pelitup muka pakai buang.
"Apa yang jelas, bermula 1 Ogos nanti pelitup muka tiga lapisan seperti yang dipakai umum dibenarkan, namun bagi jenis lain termasuk fabrik, KKM akan memberikan perincian jenis apa yang boleh dipakai atau tidak dalam masa terdekat iaitu sebelum penguatkuasaan bermula.
"Sebenarnya perkara penting yang ditekankan adalah cara pemakaian pelitup muka yang sebetulnya seperti menutup keseluruhan hidung, mulut, serta dagu, selain dari etika pelupusan bagi jenis pakai buang," jelasnya lagi.
Hasil tinjauan Gempak di Twitter, rata-rata wargamaya menyambut baik cadangan kerajaan tersebut dan mengakui penggunaan pelitup muka jenis fabrik tidak berkesan.
“Yang fabrik ni boleh pakai tapi untuk perjalanan naik motor okay lah. Nak masuk mall, restoran tolong pakai mask yang betul. Jangan jadi bangang,” komen seorang wargamaya.
“Ala sekarang kan dah murah yang 3 lapis tu. Fabrik tu acah-acah lawa je,” tulis seorang wargamaya.
“Mampos yg acah konon hipster. Pelitup muka pun nak nampak hashtag konon jenama. Hahaah banyak org yang pakai mask macam tu dah tua-tua pun bodoh,” kata seorang wargamaya.
“pakai jela pelitup muka yang standard.. Fikir siapa pakai mask fabrik hitam semua tu? artis?” luah seorang wargamaya lagi.
Pada 23 Julai lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan orang ramai boleh didenda RM1,000 sekiranya didapati gagal mematuhi peraturan pemakaian pelitup muka berkenaan bermula 1 Ogos depan.
Sumber: Harian Metro
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar