Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pemandu Bas Rakam Video Murid Sekolah Direman Lima Hari

Ernalisa 06/09/2024 | 05:55 MYT

Pemandu bas dipercayai memuatnaik rakaman video penumpang bas dipercayai pelajar sekolah rendah sebagai orang yang disukainya atau 'crush' dan 'kesayangan', direman lima hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dibenarkan Majistret Suhaila Safi'uddin, selepas ia dimohon di Mahkamah Majistret Batu Pahat, hari ini.

BERITA BERKAITAN : Vibes Galau & Melodi Menyentuh Hati, Lagu Baru One Avenue Band Boleh Buat Pendengar Menangis - "Ia Tentang Pasangan Tak Setia"

BERITA BERKAITAN :Preity Zinta Dedah Gagal Rawatan IVF Punca Guna Kaedah Ibu Tumpang

BERITA BERKAITAN : Lydia Individu Paling Risau Bila Tyzo Masuk Hospital! - "Balik Bercuti, Dia Terus

BERITA BERKAITAN : Berlagak Pakai BMW, Remaja Teruk Dihencap Netizen Sebab Hina Penunggang Motosikal - "Muka Pun Macam..."

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, dihubungi Gempak berkata, bagaimanapun lelaki berkenaan cuba mendapatkan khidmat peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Batu Pahat.
Sebelum itu, tular beberapa video yang memaparkan seorang pemandu bas yang mempunyai lebih 600,000 pengikut di TikTok, merakam beberapa murid sekolah perempuan yang dianggap pemandu bas tersebut sebagai ‘crush’ atau seseorang yang diminati atau disukai secara romantik.
Kesemua video yang dirakam sambil memandu itu memaparkan wajah murid-murid tersebut dengan jelas.
Kumar berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seskyen 15 (a)(iii) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seskyen 15(2) Akta Kanak 2001.

#sekolah #Abang #Direman #Bas
;